Wednesday, May 21, 2008

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN SEMESTA RAUB






Sm Sains Tengku Abdullah Raub telah mengadakan Kursus Peningkatan Profesionalisme pada 17 Mei 2008 bertempat di Dewan Besar SEMESTA. Kursus bermula jam 8:00 pagi berakhir jam 5:00 petang. Kursus dihadiri oleh semua guru dan sebilangan kakitangan bertujuan:
1. meningkatkan semangat kerjasama antara guru/kakitangan
2. meningkatkan semangat bekerja secara ikhlas
3. memberi kesedaran terhadap cabaran-cabaran kerja masakini
4. meningkatkan disiplin kerja seperti mematuhi masa
5. meningkatkan rasa tanggungjawab dan rasa seronok terhadap kerja
Kursus dikendalikan keseluruhannya oleh En. Zulhilmi bin Haji Zainuddin, Pegawai Kaunseling Berdaftar daerah Raub. Maklumbalas yang diterima dari peserta, kursus amat menarik dan berjaya mencapai objektif yang diharapkan.
Disediakan oleh:
Haji Ali bin Alias
Guru Penolong Kanan SEMESTA