Wednesday, May 21, 2008

SMAP LABU : LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP) SIRI 2/2008

LAPORAN KURSUS DALAMPERKHIDMATAN (LDP) SIRI 2/2008





1.0 Sebagai langkah persediaan untuk menghadapi perubahan yang berlaku semakin pantas, ilmu dan kefahaman dalam kalangan kaki tangan perlu dimantapkan dari masa ke semasa. Menyedari hakikat itu, maka JK Perkembangan Staf SMAP, Labu telah berjaya menganjurkan satu kursus sebagaimana yang telah dirancangkan dalam takwin kursus tahunan.

2.0 Tajuk: Pemantapan Nilai-Nilai Murni Dalam Perkhidmatan. Disampaikan oleh : Ust. Jaafar Muhammad, pada 20 Mei 2008 bertempat di Unit Teknologi Maklumat (UTP) Sek. Menengah Agama Persekutuan Labu, jam 2.30 – 4.30 petang. Kehadiran seramai 65 orang kakitangan akademik sekolah.







3.0 Intipati kursus : Penekanan diberi kepada 7 perkara yang perlu dikuasai oleh seseorang pejawat awam terutamanya dalam kalangan pendidik. Perkara 1 – Kita Mesti Berubah. Berubah Dari pelbagai aspek terutamanya dalam jiwa yang meliputi akal dan hati. Perkara 2 – Belajar Dengan Tuhan. Untuk belajar, kita sebagai hamba perlu merujuk kepada tanda-tanda kewujudan Tuhan yang maha pencipta yang menguasai segalanya. Perkara 3 – Berkhidmat dan Berbakti Dengan Tuhan. Penekanan kepada konsep kita sebagai hamba yang telah dijadikanNya, diperintah untuk melaksakana segala suruhan sesuai sebagai hamba kepada seseorang tuan. Perlu berbakti dengan ikhlas. Perkara 4 – Dapat Bimbingan Tuhan. Perkara 5 – Komunikasi Dengan Tuhan. Sebagai seorang hamba, perlu sentiasa bersembahyang dan berzikir yang merupakan alat komunikasi utama dengan tuhan. Dalam membaiki komunikasi, kita sebagai hamba perlu menyucikan diri terutamanya hati dari sifat-sifat tercela. Perkara 6 – Rasa Dapat Kasih Sayang Tuhan. Perkara 7 – Buat Penilaian. Sebagai kaki tangan awam, kita perlu mempunyai rasa / sifat amanah, tabah, kasih sayang dengan profesioan, bangga dengan amanah mendidik kerana sifat ini sukar untuk diterapkan dan diamalkan oleh penjawat awam yang lain.

4.0 Perbelanjaan keseluruhan bagi kursus dua jam ini sebanyak RM450.00 yang meliputi bayaran saguhati kepada penceramah serta minuman ringan kepada para peserta.






5.0 Rumusan hasil soal selidik yang diedarkan tentang ceramah yang dianjurkan. 4 item yang berkaitan dengan isi kandungan ceramah manakala 6 item berkaitan dengan penceramah.

i. Isi kandungan ceramah. Sebanyak 30 orang peserta yang memberi respon ‘bersetuju’ dengan tajuk dan ilmu yang disampaikan oleh penceramah jemputan, manakala 35 orang peserta lagi ‘sangat bersetuju’ dengan penyampaian penceramah dan menepati objektif kursus ini.
ii. ii. Keputusan yang diperoleh menunjukkan bahawa 31 respon yang setuju dengan penceramah, manakala yang selebihnya amat bersetuju bahawa penceramah berjaya menyampaikan mesej sebagaiamana yang ditetapkan oleh pihak penganjur.
iii. 12 peserta mencadangkan agar penceramah ini dipanggil semula untuk menyamaikan ceramah dengan tajuk yang sama. Kursus ini perlu dianjurkan semua dalam tempoh masa yang lebih panjang.
iv. 7 peserta mencadangkan agar tajuk ini perlu juga disampaikan kepada para pelajar SMAP, Labu.





6.0 Sebagai kesimpulan, pihak JK Perkembangan Star SMAP, Labu mengucapkan banyak-banyak terimahkasih dan penghargaan kepada semua pihak yeng terlibat terutamanya Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia, Pengetua SMAP, Labu, Penceramah Jemputan serta semua kakitangan akademik yang telah memberi kerjasama sehingga kursus singkat ini dapat dijalankan dengan jayanya.



Disediakan oleh
En. Mohd Husain bin Yaacob
S/Usaha Perkembangan Staf
SMA Persekutuan Labu
Seremban, Negeri Sembilan