Monday, May 19, 2008

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN SEKOLAH DATO' ABDUL RAZAK SIRI 2/2008

Latihan dalam Perkhidmatan untuk siri 2/2008 merangkumi dua program yang telah diadakan pada dua tarikh yang berbeza. Program pertama merupakan taklimat tentang Sekolah Kluster yang telah disampaikan oleh Tuan Pengetua Cemerlang JUSA C SDAR iaitu Tn Hj Azam b. Hj Md Atan pada hari Selasa 22hb April 2008 di Bilik Mesyuarat Putra. Taklimat ini adalah rentetan dari kejayaan SDAR diiktiraf sebagai salah sebuah sekolah kluster. Pengiktirafan ini diterima bersama dengan tugas dan tanggungjawab yang amat besar. Oleh itu tujuan utama taklimat adalah untuk memberi penerangan teperinci kepada semua guru tentang peranan dan tugas mereka serta "niche areas" yang akan dibangunkan. Selepas taklimat guru-guru dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut "niche areas" untuk sesi perbincangan dan pembinaan 'Request For Proposal".

Program kedua pula telah dijalankan pada hari Sabtu 10hb Mei 2008 di Dewan Tun Abdul Razak. Program bertajuk Pengajaran Kolaboratif telah dikendalikan oleh Pn. Hjh Asidah bt Asnan, pensyarah Institut Perguruan Raja Melewar bersama seorang pensyarah pembantu. Tujuan utama program adalah untuk memberi pendedahan kepada guru tentang salah satu alternatif kaedah P&P iaitu Pembelajaran Koperatif. Selain dari sesi ceramah, sesi bengkel juga diadakan yang dipenuhi dengan aktiviti berkait dengan contoh-contoh struktur Pembelajaran Koperatif. Diharap selepas ini guru mampu mempelbagaikan kaedah P&P yang digunakan mengikut kesesuaian.

Keseluruhannya, kursus ini melibatkan kos sebanyak RM1000.00 (Seribu Ringgit Sahaja.)