Tuesday, August 16, 2011

PENGINTEGRASIAN ICT DALAM P&P, PERISIAN APLIKASI exeLearning
































Tujuan/Objektif Program/Kursus:

KURSUS PERISIAN APLIKASI exeLearning DILAKSANAKAN PADA 29 JULAI 2011

Memberi pendedahan kepada Guru-Guru Kanan dan Ketua-Ketua Panitia mengenai perisiaan aplikasi exeLearning yang boleh dibangunkan secara individu untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Perisian aplikasi exeLearning memberi pengetahuan baru kepada peserta-peserta kursus cara bagaimana gabungan gambar, video dan teks (multimedia) boleh membantu peserta kursus membangunkan perisiaan mereka dengan mudah untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Peserta-peserta kursus diberikan sekeping CD untuk installasi perisian exe dan modul langkah-demi langkah bagi memudahkan mereka mengikuti sesi kursus tersebut dengan bantuan fasilitator.

Impak daripada kursus ini mereka boleh melaksanakan latihan dalaman untuk ahli-ahli panitia masing-masing.

Disediakan oleh:-


Setiausha LDAP
SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN (STAR)
IPOH PERAK
05 OGOS 2011


Wednesday, August 10, 2011

BIL 3/2011















Tajuk: Lawatan Amalan 5S ke JPA

SM Sains Raja Tun Azlan Shah telah mengadakan lawatan ke Jabatan Perkhidmatan Awam Putra Jaya pada 30 Mei 2011 . Lawatan tersebut telah dihadiri seramai 3o orang terdiri pihak pentadbiran sekolah, guru-guru dan staff sokongan.

Objektif lawatan untuk mendapat tentang perlaksanaan amalan 5S dalam pengurusan organisasi, menjalinkan hubungan di antara SM Sains Raja Tun Azlan Shah dengan Jabatan Perkhidmatan Awam dan membuat penambahbaikan tentang sistem fail dalam pengurusan sekolah mengikut piawaian yang ditetapkan berdasarkan amalan 5S.

Rombongan tersebut telah bertolak dari sekolah jam 4.30 pagi dan sampai ke Putra Jaya jam 10.00 pagi. Lawatan tersebut selesai pada jam 1.30 tengahari.

Disediakan oleh
Setiausaha LDAP
SM Sains Raja Tun Azlan Shah Taiping Perak

Wednesday, August 3, 2011

Kursus Perkembangan Staf - Pendedahan Kajian Tindakan


SBP Integrasi Gombak telah mengadakan Kursus Perkembangan Staf yang bertajuk pendedahan kajian Tindakan.Kursus ini telah dihadiri oleh 40 orang guru sekolah.Kursus ini telah dijalankan pada 23 Julai 2011 bermula pukul 9 Pagi hingga 11 pagi di bilik mesyuarat iaitu Sidang Seroja SBP Integrasi Gombak.Matlamat kursus ini dijalankan supaya dapat melahirkan warga guru yang bertabggungjawab,efektif dan inovatif serta dapat meningkatkan tahap profesionalisme warga guru khususnya dari segi pendedahan kajian tindakan.

Pengisian kursus ini disampaikan dalam bentuk ceramah,tayangan,perbengkelan serta sesi soal jawab.Kursus ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Puan Kaladevi a/p Arumugan, Guru Cemerlang Pendidikan Moral DG 54 SMK Cheras,Balakong.Penyampaian penceramah didapati amat menarik dan berkesan kerana penyampaiannya yang bersahaja diselang seli dengan unsur humor serta penggunaan multimedia yang baik dan berkesan.Di samping itu bahan edaran diberikan kepada setiap guru untuk rujukan masa masa akan datang.

Konklusinya kursus ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya.Para guru telah mendapat info yang sewajarnya berkaitan dengan pelaksanaan kajian tindakan yang amat penting ke arah melahirkan guru yang cemerlang dan pelajar yang terbilang.Sememangnya respon daripada semua guru amat positif dan memberi impak yang baik serta berkesan.

Disediakan Oleh,



AJK Kursus Perkembangan Staf
SBP Integrasi Gombak

Wednesday, July 20, 2011

LAPORAN LADAP STAR KALI KE-2/2009

Program LDP ke 2 STAR diadakan pada 23 Mei 2009. Program ini bertempat di Bilik Persidangan STAR dihadiri oleh 46 orang guru dengan kos sebanyak RM549.00
Sesi pertama program disampaikan oleh Pn. Hajah Zaiton Bt Sipet, Pembantu Tadbir Kanan STAR, menyampaikan tajuk Pengurusan Pentadbiran, mendedahkan guru-guru kepada prosedur perlantikan, kenaikan gaji dan pangkat dalam perkhidmatan .Sesi kedua, taklimat pengurusan kewangan berkaitan perubahan pembahagian yuran seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran serta prosedur perbelanjaan kewangan panitia.
Sesi ketiga berkaitan Pengurusan Ko kurikulum disampaikan oleh Encik Mohd Zaidi B. Basir, Penolong Kanan Ko Kurikulum STAR, dimana guru-guru didedahkan dengan prosedur pembahagian markah terhadap semua penglibatan pelajar dalam Sistem Rumah.
Secara keseluruhan, program telah berjalan dengan lancar dengan penglibatan maksimum dari guru-guru.

Wednesday, July 13, 2011

Kursus Perkembangan Staf/Pengurusan Stress





SBP Integrasi Gombak telah mengadakan kursus perkembangan staf yang bertajuk pengurusan stress.Kursus ini telah dihadiri oleh 64 orang guru dan staf sokongan sekolah.Program yang bertarikh 14 Mei 2011 ini dijalankan bermula pada pukul 9 pagi sehingga 11.30 pagi di Sidang Seroja SBP Integrasi Gombak.Matlamat program ini dijalankan agar dapat melahirkan warga kerja yang bertanggungjawab,efektif dan inovatif serta dapat memikul amanah yang diberi dengan penuh keikhlasan dan berterusan.Di samping itu, kursus ini diadakan agar dapat membina jati diri serta keseronokan bekerja bagi warga SBP Integrasi Gombak.




Pengisian program ini disampaikan dalam bentuk ceramah, tayangan, serta sesi soal jawab.Program ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Encik Mohd Ajni Bin Sulaiman, Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Unit Pembangunan Profesionalisme Guru. Penyampaian beliau sememangnya amat menarik dan berkesan apatah lagi diselang seli dengan penggunaan multimedia yang mantap dan penyampaian beliau yang bersahaja.

Konklusinya program ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya.Para guru dan staf sokongan telah menunjukkan minat yang mendalam serta komitmen yang sepenuhnya bagi memastikan objektif kursus ini tercapai serta dapat meneruskan budaya kerja yang positif dan produktif.

Disediakan Oleh
Guru Bimbingan dan kaunseling SBP Integrasi Gombak.

Tuesday, April 26, 2011

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN


LDAP SERATAS BIL 2/2011

TAJUK : BUKU REKOD PERKHIDMATAN DAN CUTI

SM Sains Raja Tun Azlan Shah telah menjemput penceramah dari Jabatan Pelajaran Perak En Ramle bin Ahmad Shaharuddin Ketua Pembantu Tadbir N 22 untuk memberi taklimat tentang Buku Rekod Perkhidmatan dan perihal cuti tahunan. Antara peserta yng hadir semua guru dan staf sokongan SERATAS. Program ini juga telah dilaksanakan di bilik Gerakan SERATAS pada 26 Mac 2011 jam 8.30 pagi.
Objektif perlaksanaan program ini untuk mengemaskini maklumat dalam buku perkhidmatan dan data HRMIS. Selain daripada itu juga, program ini dapat memberi manafaat tentang cuti yang berkaitan dengan guru dan staf sokongan.
Program ini banyak memberi manafaat kepada semua dan membantu pihak pengurusan mengemaskini maklumat semua staf.

Disediakan oleh
Setiausaha LDAP
SM Sains Raja Tun Azlan Shah Taiping Perak

Latihan Perkembangan Staf bil 1/2011

Ceramah Pentaksiran Berasaskan Sekolah Dan P&P berkesan

Jawatankuasa Perkembangan Staf telah mengadakan Ceramah tersebut pada 26 Februari 2011 pada 8.30 pagi di Dewan Kuliah SERATAS. Ceramah ini juga telah disampaikan oleh Dr Jamin bin Adimin Ketua Sektor Pembinaan Ujian Akademik Lembaga Peperiksaan Malaysia. Antara pengisiaan yang disampaikan adalah tentang sekolan berkesan, ciri-ciri sekolah berjaya,profesion keguruan dan pengetahuan pentaksiran dan penilaian. Program ini juga telah dihadiri oleh 5 buah sekolah sekitar SERATAS iaitu SMK HUA LIAN, SMK KING EDWARD IV, TRECHERS METHODIST, SMK TAMAN TASEK dan SMK KLIAN PAUH.


Disediakan oleh:
Setiausaha LDAP
SM Sains Raja Tun Azlan Shah