Wednesday, August 3, 2011

Kursus Perkembangan Staf - Pendedahan Kajian Tindakan


SBP Integrasi Gombak telah mengadakan Kursus Perkembangan Staf yang bertajuk pendedahan kajian Tindakan.Kursus ini telah dihadiri oleh 40 orang guru sekolah.Kursus ini telah dijalankan pada 23 Julai 2011 bermula pukul 9 Pagi hingga 11 pagi di bilik mesyuarat iaitu Sidang Seroja SBP Integrasi Gombak.Matlamat kursus ini dijalankan supaya dapat melahirkan warga guru yang bertabggungjawab,efektif dan inovatif serta dapat meningkatkan tahap profesionalisme warga guru khususnya dari segi pendedahan kajian tindakan.

Pengisian kursus ini disampaikan dalam bentuk ceramah,tayangan,perbengkelan serta sesi soal jawab.Kursus ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Puan Kaladevi a/p Arumugan, Guru Cemerlang Pendidikan Moral DG 54 SMK Cheras,Balakong.Penyampaian penceramah didapati amat menarik dan berkesan kerana penyampaiannya yang bersahaja diselang seli dengan unsur humor serta penggunaan multimedia yang baik dan berkesan.Di samping itu bahan edaran diberikan kepada setiap guru untuk rujukan masa masa akan datang.

Konklusinya kursus ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya.Para guru telah mendapat info yang sewajarnya berkaitan dengan pelaksanaan kajian tindakan yang amat penting ke arah melahirkan guru yang cemerlang dan pelajar yang terbilang.Sememangnya respon daripada semua guru amat positif dan memberi impak yang baik serta berkesan.

Disediakan Oleh,



AJK Kursus Perkembangan Staf
SBP Integrasi Gombak