Wednesday, July 13, 2011

Kursus Perkembangan Staf/Pengurusan Stress





SBP Integrasi Gombak telah mengadakan kursus perkembangan staf yang bertajuk pengurusan stress.Kursus ini telah dihadiri oleh 64 orang guru dan staf sokongan sekolah.Program yang bertarikh 14 Mei 2011 ini dijalankan bermula pada pukul 9 pagi sehingga 11.30 pagi di Sidang Seroja SBP Integrasi Gombak.Matlamat program ini dijalankan agar dapat melahirkan warga kerja yang bertanggungjawab,efektif dan inovatif serta dapat memikul amanah yang diberi dengan penuh keikhlasan dan berterusan.Di samping itu, kursus ini diadakan agar dapat membina jati diri serta keseronokan bekerja bagi warga SBP Integrasi Gombak.




Pengisian program ini disampaikan dalam bentuk ceramah, tayangan, serta sesi soal jawab.Program ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Encik Mohd Ajni Bin Sulaiman, Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Unit Pembangunan Profesionalisme Guru. Penyampaian beliau sememangnya amat menarik dan berkesan apatah lagi diselang seli dengan penggunaan multimedia yang mantap dan penyampaian beliau yang bersahaja.

Konklusinya program ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya.Para guru dan staf sokongan telah menunjukkan minat yang mendalam serta komitmen yang sepenuhnya bagi memastikan objektif kursus ini tercapai serta dapat meneruskan budaya kerja yang positif dan produktif.

Disediakan Oleh
Guru Bimbingan dan kaunseling SBP Integrasi Gombak.