Wednesday, August 3, 2011

Kursus Perkembangan Staf - Pendedahan Kajian Tindakan


SBP Integrasi Gombak telah mengadakan Kursus Perkembangan Staf yang bertajuk pendedahan kajian Tindakan.Kursus ini telah dihadiri oleh 40 orang guru sekolah.Kursus ini telah dijalankan pada 23 Julai 2011 bermula pukul 9 Pagi hingga 11 pagi di bilik mesyuarat iaitu Sidang Seroja SBP Integrasi Gombak.Matlamat kursus ini dijalankan supaya dapat melahirkan warga guru yang bertabggungjawab,efektif dan inovatif serta dapat meningkatkan tahap profesionalisme warga guru khususnya dari segi pendedahan kajian tindakan.

Pengisian kursus ini disampaikan dalam bentuk ceramah,tayangan,perbengkelan serta sesi soal jawab.Kursus ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Puan Kaladevi a/p Arumugan, Guru Cemerlang Pendidikan Moral DG 54 SMK Cheras,Balakong.Penyampaian penceramah didapati amat menarik dan berkesan kerana penyampaiannya yang bersahaja diselang seli dengan unsur humor serta penggunaan multimedia yang baik dan berkesan.Di samping itu bahan edaran diberikan kepada setiap guru untuk rujukan masa masa akan datang.

Konklusinya kursus ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya.Para guru telah mendapat info yang sewajarnya berkaitan dengan pelaksanaan kajian tindakan yang amat penting ke arah melahirkan guru yang cemerlang dan pelajar yang terbilang.Sememangnya respon daripada semua guru amat positif dan memberi impak yang baik serta berkesan.

Disediakan Oleh,



AJK Kursus Perkembangan Staf
SBP Integrasi Gombak

Wednesday, July 20, 2011

LAPORAN LADAP STAR KALI KE-2/2009

Program LDP ke 2 STAR diadakan pada 23 Mei 2009. Program ini bertempat di Bilik Persidangan STAR dihadiri oleh 46 orang guru dengan kos sebanyak RM549.00
Sesi pertama program disampaikan oleh Pn. Hajah Zaiton Bt Sipet, Pembantu Tadbir Kanan STAR, menyampaikan tajuk Pengurusan Pentadbiran, mendedahkan guru-guru kepada prosedur perlantikan, kenaikan gaji dan pangkat dalam perkhidmatan .Sesi kedua, taklimat pengurusan kewangan berkaitan perubahan pembahagian yuran seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran serta prosedur perbelanjaan kewangan panitia.
Sesi ketiga berkaitan Pengurusan Ko kurikulum disampaikan oleh Encik Mohd Zaidi B. Basir, Penolong Kanan Ko Kurikulum STAR, dimana guru-guru didedahkan dengan prosedur pembahagian markah terhadap semua penglibatan pelajar dalam Sistem Rumah.
Secara keseluruhan, program telah berjalan dengan lancar dengan penglibatan maksimum dari guru-guru.

Wednesday, July 13, 2011

Kursus Perkembangan Staf/Pengurusan Stress





SBP Integrasi Gombak telah mengadakan kursus perkembangan staf yang bertajuk pengurusan stress.Kursus ini telah dihadiri oleh 64 orang guru dan staf sokongan sekolah.Program yang bertarikh 14 Mei 2011 ini dijalankan bermula pada pukul 9 pagi sehingga 11.30 pagi di Sidang Seroja SBP Integrasi Gombak.Matlamat program ini dijalankan agar dapat melahirkan warga kerja yang bertanggungjawab,efektif dan inovatif serta dapat memikul amanah yang diberi dengan penuh keikhlasan dan berterusan.Di samping itu, kursus ini diadakan agar dapat membina jati diri serta keseronokan bekerja bagi warga SBP Integrasi Gombak.




Pengisian program ini disampaikan dalam bentuk ceramah, tayangan, serta sesi soal jawab.Program ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Encik Mohd Ajni Bin Sulaiman, Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Unit Pembangunan Profesionalisme Guru. Penyampaian beliau sememangnya amat menarik dan berkesan apatah lagi diselang seli dengan penggunaan multimedia yang mantap dan penyampaian beliau yang bersahaja.

Konklusinya program ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya.Para guru dan staf sokongan telah menunjukkan minat yang mendalam serta komitmen yang sepenuhnya bagi memastikan objektif kursus ini tercapai serta dapat meneruskan budaya kerja yang positif dan produktif.

Disediakan Oleh
Guru Bimbingan dan kaunseling SBP Integrasi Gombak.

Tuesday, April 26, 2011

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN


LDAP SERATAS BIL 2/2011

TAJUK : BUKU REKOD PERKHIDMATAN DAN CUTI

SM Sains Raja Tun Azlan Shah telah menjemput penceramah dari Jabatan Pelajaran Perak En Ramle bin Ahmad Shaharuddin Ketua Pembantu Tadbir N 22 untuk memberi taklimat tentang Buku Rekod Perkhidmatan dan perihal cuti tahunan. Antara peserta yng hadir semua guru dan staf sokongan SERATAS. Program ini juga telah dilaksanakan di bilik Gerakan SERATAS pada 26 Mac 2011 jam 8.30 pagi.
Objektif perlaksanaan program ini untuk mengemaskini maklumat dalam buku perkhidmatan dan data HRMIS. Selain daripada itu juga, program ini dapat memberi manafaat tentang cuti yang berkaitan dengan guru dan staf sokongan.
Program ini banyak memberi manafaat kepada semua dan membantu pihak pengurusan mengemaskini maklumat semua staf.

Disediakan oleh
Setiausaha LDAP
SM Sains Raja Tun Azlan Shah Taiping Perak

Latihan Perkembangan Staf bil 1/2011

Ceramah Pentaksiran Berasaskan Sekolah Dan P&P berkesan

Jawatankuasa Perkembangan Staf telah mengadakan Ceramah tersebut pada 26 Februari 2011 pada 8.30 pagi di Dewan Kuliah SERATAS. Ceramah ini juga telah disampaikan oleh Dr Jamin bin Adimin Ketua Sektor Pembinaan Ujian Akademik Lembaga Peperiksaan Malaysia. Antara pengisiaan yang disampaikan adalah tentang sekolan berkesan, ciri-ciri sekolah berjaya,profesion keguruan dan pengetahuan pentaksiran dan penilaian. Program ini juga telah dihadiri oleh 5 buah sekolah sekitar SERATAS iaitu SMK HUA LIAN, SMK KING EDWARD IV, TRECHERS METHODIST, SMK TAMAN TASEK dan SMK KLIAN PAUH.


Disediakan oleh:
Setiausaha LDAP
SM Sains Raja Tun Azlan Shah

Thursday, April 21, 2011

Latihan Dalam Perkhidmatan Bil 2/2011

















TAJUK : LAWATAN PENANDA ARAS SM SAINS KOTA TINGGI (SAKTI)
KE SM SAINS TUANKU MUNAWIR (SASER)
TEMPAT : SM SAINS TUANKU MUNAWIR
TARIKH : 2 APRIL 2011 (9.30 PAGI – 12.30 tengah hari)

Pada 2 April 2011 yang lalu, Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi (SAKTI) telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir (SASER). Ini merupakan Latihan dalam Perhidmatan (LDP) yang kedua bagi tahun 2011 untuk guru-guru SAKTI. Perjalanan dimulakan seawal jam empat pagi dari SAKTI dengan menaiki bas.

Perkongsian pintar ini diadakan untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada para guru untuk menjadikan SAKTI mencapai kegemilangan seperti SASER yang telah terkenal hebat dengan pencapaian gemilang para pelajarnya. Dalam sesi pertama lawatan ini,Tuan Haji Sabuddin Bin Haji Sani, Pengetua SASER telah mengisi slot pertama dengan berkongsi rahsia kegemilangan SASER. Kemudian diikuti dengan Encik Rosli Bin Ahmad selaku Penolong Kanan Pentadbiran memberikan pembentangan akademik SASER. Pengisian slot seterusnya memberi peluang kepada para guru SAKTI untuk berkongsi panduan yang lebih khusus mengikut panitia.
Melalui lawatan ini adalah diharapkan semua guru mendapat banyak panduan untuk meningkatkan lagi potensi para pelajar dan pencapaian SAKTI.
Semoga lawatan ini berjaya mencapai matlamatnya.

Disediakan oleh,
AJK LDP
SM Sains Kota Tinggi

Monday, April 18, 2011

Latihan Dalam Perkhidmatan Bil 1/2011 (SAKTI)








TAJUK: KEPIMPINAN ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA TAHUN 2010


TEMPAT : KOMPLEKS RAKAN MUDA SUKAN AIR DAN UDARA

TARIKH : 22 JANUARI 2011 (8.00pagi – 1.00 ptg)


Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi telah menjalankan Kursus Kepimpinan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Tahun 2011. Ini merupakan Latihan Dalam Perhirdmatan (LDP) yang pertama bagi tahun 2011 untuk guru-guru Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi. Kursus ini telah dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.


Kursus ini dijalankan untuk memberi tauliah dan pendedahan kepada para guru untuk menjadi pemimpin dalam Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda. Guru-guru Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi diberikan taklimat tentang cara untuk menganjurkan aktiviti dan syarat-syarat yang perlu diikuti untuk melayakkan para pelajar mendapat pencapaian gangsa, perak dan emas.


Melalui aktiviti ini adalah diharapkan semua guru dapat menganjurkan aktiviti-aktiviti untuk meningkatkan lagi potensi para pelajar dan pencapaian sekolah. Semoga kursus ini berjaya mencapai matlamatnya.


Disediakan oleh,

AJK LDP

SM Sains Kota Tinggi