Monday, May 18, 2009

SMSKS LDP 5/2009: (i) PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN DALAM BILIK DARJAH, (ii) PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)


Seramai 66 orang guru SM Sains Kuala Selangor telah menghadiri LDP 5/2009 pada 16 Mei 2009 (Sabtu), dari jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang, bertempat di Bilik Seri Bayu. Perkembangan staf ini bermatlamat meningkatkan tahap profesionalisme guru-guru sekolah ini, selaras dengan hasrat yang terkandung dalam Teras 5 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan iaitu Memartabatkan Profesion Keguruan.

Penceramah adalah terdiri daripada guru-guru sekolah ini:
1. Puan Nurul Uyun Binti Abdullah (Slot 1: Pelaksanaan Kajian Tindakan Dalam Bilik Darjah)
2. Puan Aridah Binti Dulmukti (Slot 2: Pentaksiran Berasaskan Sekolah)

Jumlah perbelanjaan uang digunakan untuk menjayakan program ini adalah RM 825.00 sahaja. Perbelanjaan yang digunakan ini adalah untuk minum pagi dan makan tengahari dengan menggunakan peruntukan LDP.

Sambutan ringkas dan acara memotong kek HARI GURU telah berlangsung semasa minum pagi.
"SELAMAT HARI GURU"
Disediakan oleh:
Jawatankuasa Perkembangan Staf, SMSKS