Monday, May 18, 2009

latihan Dalam Perkhidmatan STAR

SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN IPOH PERAK
LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN STAR KALI PERTAMA



STAR telah mengadakan program Latihan Dalam Perkhidmatan kali pertama pada 11 April 2009. Program bermula pada jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang yang diadakan di Bilik Persidangan STAR dan dihadiri oleh 57 orang guru.
Matlamat program adalah untuk meningkatkan pengurusan professional guru bersempena dengan Sambutan Hari Profesional Guru Peringkat Negeri Perak.
Program bermula dengan ucapan perasmian dan penyampaian perutusan khas dari Pengarah Pelajaran Negeri Perak kepada guru-guru oleh Pengetua Kanan STAR, Encik Mohmad Ghuffri Bin Alpiah. Slot kedua program disampaikan oleh Encik Mohd Zabidi Bin Nordin dengan tajuk Pengurusan Panitia dan diikuti dengan slot ketiga oleh Puan Abidah Binti Sarajul Haq dengan tajuk Pengurusan Headcount.
Kos bagi menjayakam program ini adalah sebanyak RM540.00
Secara keseluruhannya program ini berjalan dengan lancar. Guru-guru di dedahkan dengan kaedah pengurusan panitia yang lebih teratur dan terancang serta cara-cara penyediaan dan penentuan Headcount yang sistematik. Komitmen guru-guru juga sangat memuaskan.