Thursday, December 10, 2009

Kursus Analisis Item Excell 2009

Pendahuluan

Analisis item merupakan satu kaedah sistematik untuk mendapatkan maklumat mengenai soalan yang dibina berdasarkan jawapan yang diberikan oleh keseluruhan murid. Analisis ini juga dapat mengesan di manakah kelemaha murid secara spesifik. Oleh yang demikian, menjadi satu keperluan bagi pihak sekolah untuk mengadakan kursus ini bagi menamabahkan kemahiran sedia ada guru.

Objektif
i) Mengetahui kelemahan murid melalui soalan yang telah dianalisis.

Kumpulan Sasaran
Semua guru yang mengajar mata pelajaran terlibat dalam Peperiksaan Excell 2010 untuk tingkatan 2 dan 4.

Tarikh
9 November 2009

Pengisian
Semua guru yang terlibat dikehendaki membuka folder berkenaan murid masing-masing. guru -guru diajar bagaimana memasukkan markah mengikut kod murid dan bagaimana mentafsir soalan bersesuaian dengan analisis yang diperolehi. Seramai 39 Orang guru yang terlibat dan kos adalah RM200.00 sahaja.

Disediakan oleh
Setiausaha LDP 2009

kursus Executif Talk

Pengenalan



Kursus ini diajalankan pada 11 September 2009 yang dijalankan di Sekolah Menengah Sains Lahad Datu. Kursus ini selain bertujuan untuk memberi maklumat baru dalam sekolah, kursus ini juga memberi peluang kepada guru-guru mmebentangkan Hasil Kajian Tindakan masing-masing.



Kursus ini bermula pada pukul 2.30 petang dan dibuat di Dewan Besar Sm Sains Lahad Datu. Dimulakan dengan Tazkirah Ramadahan oleh Ust Kasri Bin awang, kemudian diikuti oleh Hasil Kajian tindakan Sejarah Oleh En Ahmad Ashadi Abdullah. tuan Pengetua pulak membentangkan Pengajaran dan Pembelajaran Effectif yang disesuaikan dengan penmbelajaran di London hasil kursus beliau di sana selama 2 bulan.



Selain itu, kursus ini dihadiri oleh ketua Sektor Bahagian Sains Pejabat Pelajaran daerah, En Suharpi Lassudang. Beliau membentangkan tentang peranan guru dalam menghadapai suasana pembelajaran yang lebih meningkat ke hadapan. Kursus ini tamat pada pukul 5.45 dan diakhiri dengan berbuka puasa sebelum sembahyang maghrib.


Kursus ini dihadiri seramai 78 orang dan menelan kos sebanyak RM780



Disediakan oleh

Setiausaha LDP SMSLD 2009

Program Peningkatan Staff

Pengenalan

Kursus ini dirangka untuk akhir tahun adalah untuk memberi pendedahan baru kepada guru dan staff tentang maklumat baru dalam pendidikan. Maklumat yang dimaksudkan adalah NKRA atau Bidang Keberhasilan Utama Nasional dan Bengkel Penilian Akhir Tahun 2009.



Tarikh dan Tempat

Dijalankan pada 20 dan 21 November 2009 dan dijalankan di Sekolah Menengah Sains Lahad Datu.



Objektif

Tujuan utama kursus ini adalah untuk memberi penerangan berkenaan NKRA dan Penilaian sepanjang tahun dalam semua aspek dalam sekolah.



Kumpulan sasaran

Semua Staff



Pengisian

Kursus ini bermula pada pukul 10 am dan diadakan di Bilik Mesyuarat. Untuk NKRA tuan Pengetua menggunakan slide untuk menerangkan setiap bidang keberhasilan utama negara. manakala untuk hari seterusnya Bengkel Penilaian Tahunan, setiap guru membentangkan post mortrm bahagian masing-masing dan membuat cadangan penambahbaikkan untuk tahun akan datang. Kos yang terlibat untuk kedua-dua hari berkenaan ialah sebanyak RM1416.00 sahaja



Penceramah

Tn Haji Eko Sukohidayat Bin Sunarto



Laporan disediakan oleh

Setiausaha LDP 2009

Kursus EduwebTV

Pengenalan
Kursus ini adalah lanjutan daripada arahan Pejabatan Pelajaran Daerah untuk mengadakan kursus dalaman diperingkat sekolah. Kursus ini telah dihadiri oleh En Norzulfadly Yahaya yang merupkan guru sumber sekolah.

Objektif

Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada guru cara penggunaan eduwebtv dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu juga, selepas kursus ini, guru-guru mempunyai akaun sendiri dalam eduwebtv. ini membolehkan mereka dapat mengedit dan seterusnya mengakses serta memapaparkan kepada murid-murid untuk tujuan P&P dalam Pengajaran.

Kumpulan Sasaran
Pihak sekolah mengsasarkan semua guru. Wlaubagaimanapun hanya 47 sahaja yang menghadirkan diri kerana sebahagianya terlibat dengan kursus-kursus.

Penceramah jemputan
En Ramdan Sharif

Disediakan Oleh
Setiusaha Perkembangan Staff
SM Sains Lahad Datu 2009

Kursus Perealisasian Item

Pengenalan
Kursus ini direalisasikan atas permintaan daripada guru-guru di bawah Jabatan Kemanusiaan dan beberapa guru lain yang berminat. Ia bertitik tolak daripada keperluan guru-guru baru untuk mengetahui dengan mendalam dan kaedah terbaik untuk menghasilkan item yang berkualiti.

Tarikh dan Tempat

Kursus ini dijalankan pada 10 Julai 2009 dan dijalankan di Bilik Tutorial 1 SM Sains Lahad Datu

Objektif

Kursus ini djalankan untuk "refresh" guru-guru yang sudah lama tindak menggunakan kaedah perelisasian item yang sebenar. Selain itu, ia juga dapat membolehkan guru menghasilkan soalan yang lebih baik dan berkuliti.

Pengisian

kursus ini dijalankan untuk 1 hari sahaja iaitu pada 10 Julai 2009 pukul 2.30 petang. Guru-guru diberikan modul latihan dan seterusnya mendapat penenrangan daripada Pencermah. Pencermah adalah dari kalangan guru sendiri iaitu En Yusri Yusoff dan En Ahmad Ashadi Bin Abdullah.

laporan disediakan oleh
Sudirman Kaspin
Setiausaha Unit Perkembangan Staff 2009

Wednesday, December 9, 2009

LDP Siri 7/09 SAINSKU Keselamatan Perlindungan

Sekolah Menengah Sains Kuching telah menggadakan kursus bertajuk Keselamatan Perlindungan pada 7 Disember 2009 dan diadakan di Bilik Majlis Pemimpin Pelajar (MPP). Program ini diadakan selama 4 jam dan dihadiri oleh 15 orang yang terdiri daripada pihak pengurusan dan guru cemerlang serta 20 orang staf sokongan .Pengisian untuk slot pertama adalah sesi ceramah bertajuk Keselamatan ICT yang disampaikan oleh En Mohd Azhar bin Yusof, Penolong Pengarah Keselamatan di Jabatan Perdana Menteri Negeri Sarawak dan slot kedua sesi ceramah bertajuk Keselamatan Fizikal dan keselamatan dokumen . Sesi ceramah slot kedua disampaikan oleh En Mohd Khairul juga merupakan Penolong Pengarah Keselamatan di Jabatan Perdana Menteri Negeri Sarawak. Objektif kursus ini diadakan adalah untuk mendedahkan pentingnya mengetahui tentang keselamatan fizikal, ICT dan keselamatan dokumen dalam menjalankan tugas harian sebagai penjawat awam kakitangan kerajaan. Kursus ini melibatkan kos berjumlah RM 700.00. Semoga kursus ini mencapai matlamat.

Laporan disediakan oleh:

HJH HABSHAH BT KHATIB
Setiausaha LDP SMSK

LDP Siri 6/09 SAINSKU Hari Profesional 2009




Sekolah Menengah Sains Kuching telah menggadakan Hari Profesional pada 16 November 2009 dan diadakan di Bilik Kuliah SAINSKU. Program ini diadakan selama 6 jam dan dihadiri oleh 60 orang guru dan 20 orang staf sokongan .Pengisian untuk slot pertama adalah sesi perkongsian pengajaran dan pembelajaran berkesan yang disampaikan oleh En Jong Kah Yin, Guru Cemerlang Kimia dan En Lim Yu Teong, Guru Cemerlang Matematik Tambahan. Slot kedua adalah ceramah bertajuk ’ Team Building’ yang disampaikan oleh Pn Hjh Salbiah Bt Hj Seman., Pengetua Sekolah Menengah Sains Kuching dan slot ketiga adalah ceramah bertajuk Integriti dalam Perkhidmatan yang disampaikan oleh En Hashim Niamat, Ketua Sektor Khidmat dan Pembangunan Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak . Objektif Hari Profesional ini dijalankan adalah untuk berkongsi teknik P&P berkesan, menerangkan pentingnya bekerja secara berpasukan dan mengingatkan semua kakitangan Sekolah Menegah Sains Kuching tentang Integriti dalam Perkhidmatan. Hari Profesional ini melibatkan kos berjumlah RM 1940.80. Semoga kursus ini mencapai matlamat.

Laporan disediakan oleh:

HJH HABSHAH BT KHATIB
Setiausaha LDP SMSK

LDP Siri 6/09 SAINSKU HARI PROFESIONAL 2009



















Sekolah Menengah Sains Kuching telah menggadakan Hari Profesional pada 16 November 2009 dan diadakan di Bilik Kuliah SAINSKU. Program ini diadakan selama 6 jam dan dihadiri oleh 60 orang guru dan 20 orang staf sokongan .Pengisian untuk slot pertama adalah sesi perkongsian pengajaran dan pembelajaran berkesan yang disampaikan oleh En Jong Kah Yin, Guru Cemerlang Kimia dan En Lim Yu Teong, Guru Cemerlang Matematik Tambahan. Slot kedua adalah ceramah bertajuk ’ Team Building’ yang disampaikan oleh Pn Hjh Salbiah Bt Hj Seman., Pengetua Sekolah Menengah Sains Kuching dan slot ketiga adalah ceramah bertajuk Integriti dalam Perkhidmatan yang disampaikan oleh En Hashim Niamat, Ketua Sektor Khidmat dan Pembangunan Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak . Objektif Hari Profesional ini dijalankan adalah untuk berkongsi teknik P&P berkesan, menerangkan pentingnya bekerja secara berpasukan dan mengingatkan semua kakitangan Sekolah Menegah Sains Kuching tentang Integriti dalam Perkhidmatan. Hari Profesional ini melibatkan kos berjumlah RM 1940.80. Semoga kursus ini mencapai matlamat.

Laporan disediakan oleh:

HJH HABSHAH BT KHATIB
Setiausaha LDP SMSK

Sunday, December 6, 2009


LAWATAN PENANDA ARAS KE SBPI GOPENG - LDP 5 SBPI KUBANG PASU

AJK LDP SBPIKP telah menganjurkan Lawatan Penanda Aras ke SBPI Gopeng pada 23 Oktober 2009 yang lalu. Lawatan ini melibatkan 45 orang guru yang diketuai oleh En. Baharudin bin Osman.

Objektif lawatan ini ialah untuk
1. Mengeratkan silaturrahim antara guru-guru di kedua-dua sekolah
2. Perkongsian pintar antara SBP terutama dalam bidang pengurusan pentadbiran,
pengurusan kurikulum dan kokurikulum.

Di akhir lawatan para guru dapat mengambil sedikit kemahiran dan kepintaran yang ada di SBPI Gopeng dan boleh mengaplikasikan ilmu tersebut di SBPIKP.


Disediakan oleh

Setiausaha LDP SBPIKP 2009


CERAMAH GURU CEMERLANG - LDP 6 SBPI KUBANG PASU

Pada 25 Oktober 2009, SBPIKP telah menganjurkan Ceramah Guru Cemerlang. Ceramah ini diadakan di bilik mensyuarat As Syura dan dihadiri oleh 35 orang guru. Ramai guru tidak dapat menghadiri ceramah ini kerana terlibat dengan aktiviti di luar sekolah.

Ceramah ini disampaikan oleh Pn. Ramlah bt. Idris, guru cemerlang SMK Pulau Nyior dengan kos RM 560.

Objektif ceramah ini diadakan ialah
1. Untuk memberi pendedahan kepada guru-guru SBPIKP prosedur dan syarat-syarat
untuk menjadi guru cemerlang.
2. Keistimewaan dan kelebihan menjadi guru cemerlang


Guru-guru yang hadir dapat memahami objektif kursus dan bersemangat untuk menjadi guru cemerlang 2010.


Disediakan oleh
Setiausaha LDP SBPIKP 2009

BENGKEL KECEMERLANGAN GURU DAN SEKOLAH LDP 4 SBPI KUBANG PASU

Pada 4 Ogos 2009, SBP Integrasi Kubang Pasu telah menganjurkan Bengkel Kecemerlangan Guru dan Sekolah. Bengkel ini dilaksanakan di bilik mesyuarat As Syura dan dihadiri oleh 52 orang guru. Bengkel ini disampaikan oleh En. Baharudin bin Osman , pengetua SBPIKP tanpa melibatkan sebarang kos.

Objektif bengkel ini diadakan ialah:
1. Memahami dan menghayati visi dan misi sekolah

2. Menyusun strategi meningkatkan kecemerlangan diri, sekolah dan pelajar-pelajar

3. Melaksanakan apa yang dirancang unruk mencapai objektif yang telah ditetapkan

Semua guru yang menghadiri bengkel ini memahami apa yang disampaikan oleh penceramah dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencemerlangkan diri dan sekolah



Disediakan oleh
Setiausaha LDP SBPIKP 2009

KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH LDP 3 SBPI KUBANG PASU

Pada 12 Mei 2009 SBP Integrasi Kubang Pasu telah mengadakan Kursus Pengurusan Kewangan Sekolah.Kursus ini diadakan di bilik mesyuarat As Syura.Kursus ini dihadiri oleh 50 orang guru.Terdapat guru-guru tidak dapat menyertai kursus ini kerana menghadiri kursus di luar.

Kursus ini disampaikan oleh En. Baharudin bin Osman, pengetua SBPIKP, tanpa melibatkan sebarang kos.

Objektif kursus ini ialah untuk memberi pendedahan kepada guru-guru bagaimana menguruskan kewangan sekolah dengan baik. Semua guru terutama ketua-ketua panitia mengetahui dan memahami apa yang perlu dilakukan apabila membuat aktiviti yang melibatkan kewangan kerajaan.



Disediakan oleh
Setiausaha LDP SBPIKP 2009

Thursday, December 3, 2009

KURSUS PERKEMBANGAN STAF-NILAI DAN ETIKA(PENGURUSAN TEKANAN)



SBP Integrasi Gombak telah mengadakan kursus perkembangan staf di kem D'Perkasa, Batu 12, Gombak pada 31 Oktober 2009. Kursus dihadiri guru-guru seramai 56 orang. Tujuan kursus ini diadakan bagi melahirkan warga sbp yang bertanggungjawab, efektif, dan inovatif serta dapat memikul amanah yang diberikan dengan penuh keikhlasan dan berterusan. Di samping itu dapat meningkatkan profesionalisme warga guru khususnya dari sudut mengenali personaliti diri dan pengurusan tekanan.
Pengisian program ini dijalankan dalam bentuk taklimat, ceramah, sukaneka dan sesi soal jawab. Kos bagi menjayakan program ini selama satu hari ini ialah sebanyak RM1159.00. Ianya dijalankan oleh kaunselor SBP Integrasi Gombak iaitu Puan Nor Mahizon, Puan Nor Hayana dan Encik Mohd Fuad.
Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Ia telah memberikan sau kesan yang positif pada semua warga pendidik. Para guru telah memberikan maklum balas yang positif kerana mereka dapat mengenal diri dengan lebih mendalam melalui ujian personaliti serta dapat meningkatkan hubungan dalam kalangan guru.

Wednesday, December 2, 2009

Budaya Kerja Cemerlang

Budaya Kerja Cemerlang
Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi telah berjaya mengadakan satu lagi kursus Latihan Dalam Perkhidmatan yang amat bermakna kepada guru-guru dan staf sokongan.
LDP ini diadakan pada 24 Oktober 2009 bertempat di Bilik Mesyuarat Desaru SM Sains Kota Tinggi.LDP ini bermula pada pulul 7.30 pagi hinggan pukul 1.30 tengah hari.
Perisian LDP adalah seperti berikut:
1. 7.30 pagi hingga 8.00 pagi senamrobik
2. 8.00 pagi hingga 8.30 pagi sarapan
3. 8.30 pagi hingga 11.00 pagi slot 1 (budaya kerja cemerlang)
4. 11.30 pagi hingga 12.30 pagi slot 2 (sistem pengurusan sekolah)
5. 12.30 pagi hingga 1.15 tengah hari taklimat oleh Penolong Kanan berkenaan LNPT
6. 1.15 makan tengah hari dan bersurai
intipati slot 1:
*penekanan kepada budaya kerja cemerlang.
*bagaimana menjadi pendidik/pekerja yang cemerlang.
*kecemerlangan diri dapat membentuk kecemerlangan pelajar
*menguasai konsep kepimpinan dan pengurusan yang berkualiti
*berpengetahuan luas,beretika dan mahir berkomunikasi
*memiliki jati diri, produktif dan sentiasa bersedia.
*ikhlas dalam menjalankan tugas.
*dapat meningkatkan nilai etika kerja, menerapkan nilai-nilai murni dan tahu
mengambil tindakan yang perlu untuk menjayakan budaya kerja cemerlang.
Slot 1 telah disampaikan oleh penceramah jemputan dari Pejabat Mufti Johor iaitu Tuan Haji Hanafiah bin Abd Razak.
Slot 2 pula dikendalikan oleh guru penyelaras Bestari SM Sains Kota Tinggi iaitu Tuan Syed Muzni bin Syed Mustafa dengan dibantu oleh Cik Fahima.

Tuesday, December 1, 2009



LAPORAN LDP STAR KE 6/2009
Tarikh : 01 Disember 2009
Tempat : Bilik Persidangan STAR
Sesi akhir LDP STAR 2009 ini telah berjaya dilaksanakan dimana guru-guru telah ditugaskan membuat cadangan terhadap aktiviti dan pembahagian tugasan bagi sesi persekolahan tahun 2010.
Selepas perbengkelan dan sesi perbentangan, senarai program dan tugasan telah berjaya dihasilkan untuk dinilai oleh pihak pentadbir.
Seramai 49 orang guru telah hadir dan kos yang digunakan adalah sebanyak RM620.

Dilaporkan oleh
Setiausaha LDP STAR 2009