Thursday, December 3, 2009

KURSUS PERKEMBANGAN STAF-NILAI DAN ETIKA(PENGURUSAN TEKANAN)



SBP Integrasi Gombak telah mengadakan kursus perkembangan staf di kem D'Perkasa, Batu 12, Gombak pada 31 Oktober 2009. Kursus dihadiri guru-guru seramai 56 orang. Tujuan kursus ini diadakan bagi melahirkan warga sbp yang bertanggungjawab, efektif, dan inovatif serta dapat memikul amanah yang diberikan dengan penuh keikhlasan dan berterusan. Di samping itu dapat meningkatkan profesionalisme warga guru khususnya dari sudut mengenali personaliti diri dan pengurusan tekanan.
Pengisian program ini dijalankan dalam bentuk taklimat, ceramah, sukaneka dan sesi soal jawab. Kos bagi menjayakan program ini selama satu hari ini ialah sebanyak RM1159.00. Ianya dijalankan oleh kaunselor SBP Integrasi Gombak iaitu Puan Nor Mahizon, Puan Nor Hayana dan Encik Mohd Fuad.
Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Ia telah memberikan sau kesan yang positif pada semua warga pendidik. Para guru telah memberikan maklum balas yang positif kerana mereka dapat mengenal diri dengan lebih mendalam melalui ujian personaliti serta dapat meningkatkan hubungan dalam kalangan guru.