Pengenalan
Kursus ini diajalankan pada 11 September 2009 yang dijalankan di Sekolah Menengah Sains Lahad Datu. Kursus ini selain bertujuan untuk memberi maklumat baru dalam sekolah, kursus ini juga memberi peluang kepada guru-guru mmebentangkan Hasil Kajian Tindakan masing-masing.
Kursus ini bermula pada pukul 2.30 petang dan dibuat di Dewan Besar Sm Sains Lahad Datu. Dimulakan dengan Tazkirah Ramadahan oleh Ust Kasri Bin awang, kemudian diikuti oleh Hasil Kajian tindakan Sejarah Oleh En Ahmad Ashadi Abdullah. tuan Pengetua pulak membentangkan Pengajaran dan Pembelajaran Effectif yang disesuaikan dengan penmbelajaran di London hasil kursus beliau di sana selama 2 bulan.
Selain itu, kursus ini dihadiri oleh ketua Sektor Bahagian Sains Pejabat Pelajaran daerah, En Suharpi Lassudang. Beliau membentangkan tentang peranan guru dalam menghadapai suasana pembelajaran yang lebih meningkat ke hadapan. Kursus ini tamat pada pukul 5.45 dan diakhiri dengan berbuka puasa sebelum sembahyang maghrib.
Kursus ini dihadiri seramai 78 orang dan menelan kos sebanyak RM780
Disediakan oleh
Setiausaha LDP SMSLD 2009