Sunday, June 14, 2009

Postmortem Yang Berkesan - Cara Menganalisis Item



SBP Integrasi Gombak telah mengadakan program perkembangan staf kali ke 3 pada hari Isnin bersamaan 25 Mei 2009. Guru yang telah menyertai program ini seramai 60 orang guru. Ia dijalankan di Sidang Seroja SBP Integrasi Gombak.

Matlamat program ini dijalankan untuk melahirkan warga kerja yang bertanggungjawab, efektif dan inovatif serta dapat memikul amanah yang diberi dengan penuh keikhlasan dan berterusan. Antara objektifnya ialah untuk meningkatkan taraf professionalisme warga guru khususnya dari aspek post mortem yang berkesan iaitu cara untuk menganalisis item serta dapat meningkatkan kompetensi dan daya saing produktiviti para guru. Pengisian program ini dijalankan dalam bentuk ceramah, bengkel, serta sesi soal jawab. Penceramah jemputan merupakan guru kanan matapelajaran Matematik dan Sains iaitu Puan Nor Saidah binti Che Hassan. Antara kriteria di atas pemilihan beliau kerana pencapaian matapelajaran Fizik yang mendapat tempat pertama SBP sejak dari tahun 2004 lagi. Kos bagi menjayakan program ini ialah sebanyak RM 469.00.

Secara keseluruhannya, program ini telah dapat berjalan dengan lancar dan jayanya. Melalui program ini telah dapat membuka minda para guru bahawa post mortem yang berkesan iaitu cara menganalisis item merupakan aspek yang amat penting bagi memastikan pencapaian pelajar dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Para guru juga telah memberi respon yang positif dan begitu berminat bagi memastikan post mortem ini dapat dilaksanakan pada setiap subjek di sekolah.