Tuesday, June 30, 2009

LDP SIRI 5/2009 : HEAD COUNT

SM SAINS KOTA TINGGI
LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN SIRI 5/2009
18 JUN 2009 / KHAMIS / 2.45 - 5.00 PTG
TAJUK LDP : HEAD COUNT



Latihan dalam perkhidmatan siri 5/2009 telah dilaksanakan dengan jayanya. Slot LDP ini dibahagiakan kepada 2. slot 1 bertempat di makmal biologi. slot ini dikendalikan oleh tuan Haji Baharum bin Ahmad iaitu Tuan Pengetua SM Bandar Penawar, Kota Tinggi. Peserta slot ini terdiri daripada guru-guru mata pelajaran dan pentadbir. Dalam slot 1 penceramah menjelaskan Konsep Head Count, Rasional penggunaannya dan aplikasi Head Count.

Manakala slot 2 pula berlangsung di makmal komputer. Slot ini melibatkan penyelaras Head Count tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Slot ini dikendalikan oleh dua orang guru sebagai fasilitator iaitu En Wan Hafizi bin Wan Mat dari SM Tan Sri Jaafar Albar, Kota Tinggi dan En Erma Amzari bin Masrom dari SM Bandar Mas, Kota Tinggi. Slot ini adalah berkaitan hal-hal teknikal Head Count.

Kursus ini dihadiri oleh 36 orang guru.
Kos LDP : RM 200 (Saguhati Penceramah)