LAPORAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN BIL 3(i)
Tarikh : 21 Jun 2008 (Sabtu)
Masa : 8.00 – 10.00 pagi
Tajuk : Sekolah Cemerlang
Laporan :
Program ini telah dihadiri oleh guru-guru SM Sains Seri Puteri. Ceramah ini telah disampaikan oleh mantan Ketua Pengarah Pendidikan Dato’ Haji Abdul Raof b Hussin.
Penceramah memulakan program dengan memaparkan sistem Eg-Tukar yang akan digunakan oleh guru-guru untuk memohon pertukaran sekolah secara talian terus. Sistem ini amat efisien dan cekap serta memudahkan proses permohonan pertukaran guru-guru.
Guru-guru perlu melengkapkan atau mengemas kini data EMIS sebelum mengisi Eg-Tukar. Ini kerana sebarang kesilapan maklumat peribadi guru dalam EMIS akan memberi kesan terhadap pemprosesan borang pertukaran yang telah diisi oleh guru-guru.
Borang permohonan yang telah diisi perlu dicetak sebanyak 2 salinan dan sebarang dokumen sokongan perlu disertakan seperti laporan kesihatan, surat penceraian dan lain-lain. Guru-guru perlu menghantar salinan yang telah dicetak kepada pengetua untuk disahkan.
Proses untuk mengisi borang pertukaran talian terus perlu diisi dalam tempoh yang telah ditetapkan. Sekiranya permohonan pertukaran gagal, guru-guru hanya perlu mengklik butang rayuan pada Eg-Tukar.
LAPORAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN BIL 3(ii)
Tarikh : 21 Jun 2008 (Sabtu)
Masa : 10.30–12.30 tengah hari dan 2.00-4.00 petang
Tajuk :
Laporan :
Program ini telah dihadiri oleh guru-guru SM Sains Seri Puteri. Ceramah ini telah disampaikan oleh Tn Hj Fauzy b Halim daripada konsultan Masterplan.
Penceramah memulakan program dengan memaparkan sistem Eg-Tukar yang akan digunakan oleh guru-guru untuk memohon pertukaran sekolah secara talian terus. Sistem ini amat efisien dan cekap serta memudahkan proses permohonan pertukaran guru-guru.
Guru-guru perlu melengkapkan atau mengemas kini data EMIS sebelum mengisi Eg-Tukar. Ini kerana sebarang kesilapan maklumat peribadi guru dalam EMIS akan memberi kesan terhadap pemprosesan borang pertukaran yang telah diisi oleh guru-guru.
Borang permohonan yang telah diisi perlu dicetak sebanyak 2 salinan dan sebarang dokumen sokongan perlu disertakan seperti laporan kesihatan, surat penceraian dan lain-lain. Guru-guru perlu menghantar salinan yang telah dicetak kepada pengetua untuk disahkan.
Proses untuk mengisi borang pertukaran talian terus perlu diisi dalam tempoh yang telah ditetapkan. Sekiranya permohonan pertukaran gagal, guru-guru hanya perlu mengklik butang rayuan pada Eg-Tukar.
Disediakan oleh,
Setiausaha LDP SESERI