Sunday, September 14, 2008

LAPORAN LDP SESERI BIL 2(c)

LAPORAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN BIL 2(c)

Tarikh : 20 Mei 2008 (Selasa)
Masa : 2.45 – 5.15 petang
Tajuk : Ujian Personaliti 16PF
Laporan :

Program ini telah dihadiri oleh guru-guru SM Sains Seri Puteri. Ujian personaliti 16PF dikendalikan oleh kaunselor seseri iaitu Cik Hasreena bt Abdul Rahman.

Guru-guru diminta menjawab soalan ujian personaliti 16PF. Moderator memberi taklimat cara mengira jawapan ujian dan skor jawapan. Skor jawapan bagi setiap soalan dihuraikan kepada guru-guru.

Guru-guru perlu mengira skor dan setiap skor yang diperolehi menggambarkan personaliti individu terbabit. Guru-guru dapat mengenal pasti faktor personaliti yang utama dan khusus dalam diri mereka. Oleh itu guru-guru dapat memperbaiki dan muhasabah diri ke arah yang lebih positif sama ada dalam kehidupan peribadi atau pekerjaan.

Disediakan oleh,
Setiausaha LDP SESERI