Thursday, September 11, 2008

KURSUS PROFISIENSI BAHASA INGGERIS




Jawatankuasa PPSMI telah mengada kursus ini pada 25 dan 26 Jun 2008 dari jam 2.30 petang hingga 4.30 petang bertempat di Bilik Bacaan Pusat Sumber SM Sains Teluk Intan. Kursus ini diolah secara khusus untuk guru-guru yang bakal menduduki peperiksaan tahap profisensi bahasa Inggeris Kementerian Pelajaran. Kursus ini bertujuan unuk meningkatkan pengetahuan serta kemahiran berbahasa Inggeris di kalangan guru-guru PPSMI di Sekolah ini. Seramai 15 orang guru telah hadir untuk Kursus ini dengan tenaga-tenaga pengajar terdiri dari dari guru-guru bahasa inggeris iaitu Puan Gunavathy a/p Krishnan, Cik Eng Meaw Loi dan Cik Fauzerita Bt Mustapa Bakari telah terlibat untuk membantu penguasaan bahasa Inggeris di kalangan guru berkenaan. Latihan pengajaran melibatkan beberapa modul latihan melibatkan komponen "listening", "speaking" dan "reading" serta penekanan kepada aspek grammar.

Disediakan oleh
Setiausaha LDP SEMESTI