
Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru SMSSI kali pertama telah diadakan pada 20-22 Jun 2008. Kursus ini dijalankan di Dewan Muzik SM Sains Sultan Iskandar. Tujuan kursus ini diadakan bertujuan untuk mempertingkatkan motivasi diri, memupuk budaya kerja sepasukan dan merealisasikan Visi sekolah iaitu SMSSI GEMILANG 2008.
Aktiviti yang dijalankan adalah ceramah dan bengkel. Antaranya ialah ceramah HEADCOUNT, Kemuliaan Profesyen Keguruan, Pengurusan Stress dan P&P Berkesan. Penceramah yang dijemput ialah En. Kamal bin Hj. Untung daripada PPD Kluang dan Pengetua Kanan SMSSI sendiri iaitu Tn. Hj. Idris bin Ahmad. Kos sepanjang kursus ini dijalankan ialah RM 1404.00. Pihak penganjur berharap agar kursus ini dapat memantapkan lagi budaya kerja warga SMSSI dalam mencapai visi dan misi sekolah. Wallahu'alam.
Disediakan oleh,
Setiausaha
LDP SMSSI