Tuesday, August 12, 2008

CERAMAH BELAJAR CARA BELAJAR - SBPI TEMERLOH



Pada 30 dan 31 Julai 2008, jam 02.00 – 04.00 petang bertempat di Bilik Mesyuarat SBPI Temerloh pihak sekolah telah mengadakan ceramah Belajar Cara Belajar. Bengkel ini dihadiri oleh 45 orang guru. Ceramah ini telah sampaikan oleh Guru Penolong Kanan SBPI Temerloh, Encik Abdul Razak bin Alias. Tujuan ceramah ini adalah untuk membantu guru mendapat dan mengingat kembali beberapa idea untuk menjalankan teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah yang menyerapkan Belajar Cara Belajar. Objektif khusus ceramah adalah; (1) menjelaskan konsep belajar cara belajar; (2) memahami faktor yang mempengaruhi pembelajaran murid; (3) membimbing guru mengenal pasti strategi pembelajaran yang sesuai untuk murid; dan (4) membantu guru mengaplikasikan kemahiran belajar cara belajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara jenis kemahiran yang disampaikan adalah Kemahiran Belajar, Kemahiran Maklumat, Strategi Metakognitif, Pengurusan Masa, dan Gaya Pembelajaran. Kos mengadakan ceramah adalah RM 600.00.