Tuesday, August 12, 2008

BENGKEL TATACARA PENGURUSAN ASET ALEH KERAJAAN SBPI TEMERLOH


Pada 22 dan 29 Julai 2008, jam 02.00 – 04.00 petang bertempat di Bilik Mesyuarat SBPI Temerloh pihak sekolah telah melaksanakan bengkel Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan. Bengkel ini dihadiri oleh 50 orang peserta yang terdiri daripada guru penolong kanan, guru kanan mata pelajaran, ketua panitia, penyelia asrama, staf pejabat dan staf makmal yang terlibat secara langsung dengan pengurusan aset. Bengkel ini telah dikelolakan oleh Ketua Pembantu Tadbir SBPI Temerloh, Puan Hajah Rokiah bt Wahab. Tujuan bengkel ini adalah untuk memantap dan mengemaskini semula pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan pengurusan aset aleh kerajaan. Kos pengurusan bengkel adalah RM 450.00.