Tuesday, July 20, 2010

Program Perkembangan Staf-Sekolah Berprestasi Tinggi dan Kluster



Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak telah mengadakan program perkembangan staf yang bertajuk Sekolah Berprestasi Tinggi dan Kluster.
Kursus ini telah dihadiri seramai 61 orang guru pada 13 Jun 2010 bermula 2.30 petang hingga 4.30 petang di Sidang Seroja SBP Integrasi Gombak. Matlamat program ini dijalankan agar guru-guru dapat mengetahui tentang ciri-ciri Sekolah Berprestasi Tinggi dan Kluster serta prasyarat Sekolah Berprestasi Tinggi. Di samping itu, kursus ini dijalankan untuk meningkatkan tahap profesionalisma guru khususnya berkaitan Sekolah Berprestasi Tinggi. Kursus ini juga dijalankan agar dapat meningkatkan kualiti keterampilan, daya saing dan produktiviti seorang guru.
Pengisian program ini disampaikan dalam bentuk ceramah, tayangan serta sesi soal jawab. Program ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Jamaluddin bin Yusoff, Pengetua Kanan SBP Integrasi Gombak dan Encik Salleh bin Ismail, Guru Penolong Kanan SBP Integrasi Gombak.
Konklusinya program ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Para guru telah menunjukkan minat yang mendalam serta komitmen yang sepenuhnya bagi memastikan objektif kursus ini tercapai.

Disediakan oleh,
Guru Perkembangan Staf,
SBP Integrasi Gombak