Tuesday, August 25, 2009

SMSKS LDP 7/2009: (i) SISTEM PERKONGSIAN FAIL DI RANGKAIAN DAN GOOGLE APPS KUSESSMAIL, (ii) SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS)


Latihan Dalam Perkhidmatan SM Sains Kuala Selangor pada kali ini adalah befokus kepada kemahiran mengendalikan komputer. Tajuk yang telah dipilih; Sistem Perkongsian Fail di Rangkaian dan Google Apps KUSESSMAIL serta Sistem Pengurusan Sekolah (SPS). Dengan bermatlamatkan membasmi pembaziran maka SMSKS telah mengambil inisiatif mengurangkan penggunaan kertas untuk tujuan menyayangi alam sekitar. Dengan adanya ICT dan kemudahan rangkaian maka adalah wajar kita menggunakan sepenuhnya kelebihan teknologi tersebut. LDP ini dilaksanakan untuk memperkenalkan sistem-sistem baru kepada guru-guru SM Sains Kuala Selangor untuk tujuan mepermudah dan memperkemaskan tugas harian guru.
Penceramah-penceramah:
1. Encik Ibrahim Bin Kadri (Guru Penyelaras ICT, SMSKS)
2. Cik Nurul Ain Binti Mohd Nor (Jurulatih Sistem, Rebound Asia (M) Sdn Bhd)

Perkembangan staf ini telah berlangsung pada dua hari Selasa, iaitu 11 dan 18 Ogos 2009, bertempat di Bilik Seri Bayu SMSKS.
Seramai 70 orang guru telah mengikuti sesi latihan ini.
Tiada perbelanjaan yang digunakan untuk menjayakan program ini.
"KE ARAH MELESTARIKAN KUSESS TERBILANG DI PERINGKAT ANTARABANGSA MENJELANG 2020"
Disediakan oleh:
Jawatankuasa Perkembangan Staf, SMSKS

Friday, August 7, 2009

LAPORAN KURSUS DALAM PERKHIDMATAN GURU SBP KOLEJ TUNKU KURSHIAH SEREMBAN


LAPORAN KURSUS DALAM PERKHIDMATAN GURU SBP
KOLEJ TUNKU KURSHIAH SEREMBAN

Project Based Learning (PBL)

PBL adalah satu kaedah pengajaran sistematik yang melibatkan pelajar dalam pembelajaran pengetahuan dan kemahiran melalui proses inkuiri yang kompleks bagi menyelesaikan persoalan dunia sebenar yang akhirnya akan menghasilkan suatu output pembelajaran serta dapat meningkatkan proses dan keberkesanan P&P.

Bengkel ICT untuk pendidik KTK telah diadakan pada 9.7.2009 ( Khamis ) untuk memenuhi keperluan di atas. Objektif khusus dalam bengkel ini antaranya ialah

i. Guru-guru boleh mempelbagaikan teknik P&P dengan kaedah terkini
ii. Menggalakkan pelajar
- berfikiran “outside the box”
-bekerja dalam kumpulan dalam kelas, kelas lain atau di negara lain (collaborative learning)
- Berpeluang untuk bekerja dalam isu dan amalan dunia sebenar.
- Boleh memperoleh kemahiran pengurusan kendiri seperti pengurusan masa, perancangan, dll
- Memperoleh kemahiran abad ke-21.


Bengkel ini dikendalian oleh dua orang guru KTK yang mempunyai minat dan kepakaran dalam ICT . Tuan Hj. Anuar bin Ahmad mengendalikan bengkel PBL dan En. Nurhaizul Mohammad dengan bengkel TKC Smart System



Laporan oleh Pn. Hjh. Hawa Basiran
Setiausha LDP Guru,
Kolej Tunku Kurshiah, Seremban.

Wednesday, August 5, 2009

Program Sembelihan di SMSS







KUALA LUMPUR : Persatuan Pelajar-Pelajar Islam dengan kerjasama Panatia Pendidikan Islam Sekolah Menengah Sains Selangor telah mengadakan program sembelihan untuk pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 dalam usaha menanamkan keyakinan diri dan sikap berdikari dalam diri pelajar.



Program yang telah diadakan pada 18 Julai yang lalu telah dirasmikan oleh Pengetua Sekolah Menengah Sains Selangor iaitu Tuan Haji Nor Paizin bin Ibrahim dan turut dihadiri oleh ahli jawatankuasa PIBG dan guru-guru.



Menurut guru penasihat Persatuan Pelajar-Pelajar Islam, Sekolah Menengah Sains Selangor, Ustaz Syamzulani bin Mat Jusoh, program ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan kepada para pelajar-pelajar Islam mengenai teknik penyembelihan ayam yang betul selain untuk mendidik pelajar supaya berdikari dan berkeyakinan dalam melakukan sesuatu perkara.



Program ini juga merupakan salah satu aktiviti tahunan Persatuan Pelajar-Pelajar Islam di sekolah ini dan pada tahun ini sebanyak 250 ekor ayam telah disediakan bagi menjayakan program di atas.



Hampir kesemua pelajar yang ditemui berkata program ini amat bermakna kerana inilah pertama kali mereka melaksanakan proses sembelihan ayam dan mereka berasa sangat gembira kerana diberikan peluang oleh pihak sekolah.



Kesemua ayam yang telah disembelih kemudiannya dibersihkan dan dihantar ke dewan makan sekolah untuk dimasak sebagai hidangan tengahari pada hari tersebut.