Wednesday, December 9, 2009

LDP Siri 7/09 SAINSKU Keselamatan Perlindungan

Sekolah Menengah Sains Kuching telah menggadakan kursus bertajuk Keselamatan Perlindungan pada 7 Disember 2009 dan diadakan di Bilik Majlis Pemimpin Pelajar (MPP). Program ini diadakan selama 4 jam dan dihadiri oleh 15 orang yang terdiri daripada pihak pengurusan dan guru cemerlang serta 20 orang staf sokongan .Pengisian untuk slot pertama adalah sesi ceramah bertajuk Keselamatan ICT yang disampaikan oleh En Mohd Azhar bin Yusof, Penolong Pengarah Keselamatan di Jabatan Perdana Menteri Negeri Sarawak dan slot kedua sesi ceramah bertajuk Keselamatan Fizikal dan keselamatan dokumen . Sesi ceramah slot kedua disampaikan oleh En Mohd Khairul juga merupakan Penolong Pengarah Keselamatan di Jabatan Perdana Menteri Negeri Sarawak. Objektif kursus ini diadakan adalah untuk mendedahkan pentingnya mengetahui tentang keselamatan fizikal, ICT dan keselamatan dokumen dalam menjalankan tugas harian sebagai penjawat awam kakitangan kerajaan. Kursus ini melibatkan kos berjumlah RM 700.00. Semoga kursus ini mencapai matlamat.

Laporan disediakan oleh:

HJH HABSHAH BT KHATIB
Setiausaha LDP SMSK