Wednesday, December 9, 2009

LDP Siri 6/09 SAINSKU HARI PROFESIONAL 2009



















Sekolah Menengah Sains Kuching telah menggadakan Hari Profesional pada 16 November 2009 dan diadakan di Bilik Kuliah SAINSKU. Program ini diadakan selama 6 jam dan dihadiri oleh 60 orang guru dan 20 orang staf sokongan .Pengisian untuk slot pertama adalah sesi perkongsian pengajaran dan pembelajaran berkesan yang disampaikan oleh En Jong Kah Yin, Guru Cemerlang Kimia dan En Lim Yu Teong, Guru Cemerlang Matematik Tambahan. Slot kedua adalah ceramah bertajuk ’ Team Building’ yang disampaikan oleh Pn Hjh Salbiah Bt Hj Seman., Pengetua Sekolah Menengah Sains Kuching dan slot ketiga adalah ceramah bertajuk Integriti dalam Perkhidmatan yang disampaikan oleh En Hashim Niamat, Ketua Sektor Khidmat dan Pembangunan Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak . Objektif Hari Profesional ini dijalankan adalah untuk berkongsi teknik P&P berkesan, menerangkan pentingnya bekerja secara berpasukan dan mengingatkan semua kakitangan Sekolah Menegah Sains Kuching tentang Integriti dalam Perkhidmatan. Hari Profesional ini melibatkan kos berjumlah RM 1940.80. Semoga kursus ini mencapai matlamat.

Laporan disediakan oleh:

HJH HABSHAH BT KHATIB
Setiausaha LDP SMSK