Thursday, December 10, 2009

Kursus Analisis Item Excell 2009

Pendahuluan

Analisis item merupakan satu kaedah sistematik untuk mendapatkan maklumat mengenai soalan yang dibina berdasarkan jawapan yang diberikan oleh keseluruhan murid. Analisis ini juga dapat mengesan di manakah kelemaha murid secara spesifik. Oleh yang demikian, menjadi satu keperluan bagi pihak sekolah untuk mengadakan kursus ini bagi menamabahkan kemahiran sedia ada guru.

Objektif
i) Mengetahui kelemahan murid melalui soalan yang telah dianalisis.

Kumpulan Sasaran
Semua guru yang mengajar mata pelajaran terlibat dalam Peperiksaan Excell 2010 untuk tingkatan 2 dan 4.

Tarikh
9 November 2009

Pengisian
Semua guru yang terlibat dikehendaki membuka folder berkenaan murid masing-masing. guru -guru diajar bagaimana memasukkan markah mengikut kod murid dan bagaimana mentafsir soalan bersesuaian dengan analisis yang diperolehi. Seramai 39 Orang guru yang terlibat dan kos adalah RM200.00 sahaja.

Disediakan oleh
Setiausaha LDP 2009