Wednesday, December 2, 2009

Budaya Kerja Cemerlang

Budaya Kerja Cemerlang
Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi telah berjaya mengadakan satu lagi kursus Latihan Dalam Perkhidmatan yang amat bermakna kepada guru-guru dan staf sokongan.
LDP ini diadakan pada 24 Oktober 2009 bertempat di Bilik Mesyuarat Desaru SM Sains Kota Tinggi.LDP ini bermula pada pulul 7.30 pagi hinggan pukul 1.30 tengah hari.
Perisian LDP adalah seperti berikut:
1. 7.30 pagi hingga 8.00 pagi senamrobik
2. 8.00 pagi hingga 8.30 pagi sarapan
3. 8.30 pagi hingga 11.00 pagi slot 1 (budaya kerja cemerlang)
4. 11.30 pagi hingga 12.30 pagi slot 2 (sistem pengurusan sekolah)
5. 12.30 pagi hingga 1.15 tengah hari taklimat oleh Penolong Kanan berkenaan LNPT
6. 1.15 makan tengah hari dan bersurai
intipati slot 1:
*penekanan kepada budaya kerja cemerlang.
*bagaimana menjadi pendidik/pekerja yang cemerlang.
*kecemerlangan diri dapat membentuk kecemerlangan pelajar
*menguasai konsep kepimpinan dan pengurusan yang berkualiti
*berpengetahuan luas,beretika dan mahir berkomunikasi
*memiliki jati diri, produktif dan sentiasa bersedia.
*ikhlas dalam menjalankan tugas.
*dapat meningkatkan nilai etika kerja, menerapkan nilai-nilai murni dan tahu
mengambil tindakan yang perlu untuk menjayakan budaya kerja cemerlang.
Slot 1 telah disampaikan oleh penceramah jemputan dari Pejabat Mufti Johor iaitu Tuan Haji Hanafiah bin Abd Razak.
Slot 2 pula dikendalikan oleh guru penyelaras Bestari SM Sains Kota Tinggi iaitu Tuan Syed Muzni bin Syed Mustafa dengan dibantu oleh Cik Fahima.