Monday, November 2, 2009

Pengurusan Stress, Senaman Releksasi Dan Bina Pasukan




Pada 31 Oktober - 1 November 2009 Sekolah Menengah Sains Johor telah melaksanakan Latihan Dalam Perkhidmatan bertempat di Sebana Cove, Sungai Rengit, Kota Tinggi. Seramai 55 orang guru telah menghadiri kursus tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan adalah ceramah kesihatan, pengurusan stress dan senaman releksasi yang dikendalikan oleh Dr. Hani Faslina dari Klinik Kesihatan Bandar Mas, Kota Tinggi. Kursus ini telah berjalan dengan kerjasama KEBIRU. Aktiviti bina pasukan sukaneka air juga di adakan. Aktiviti ini dilaksanakan bertujuan untuk membantu guru-guru mengenali tahap tekanan yang wujudn dalam diri dan cara-cara yang sihat untuk menghadapi tekanan tersebut. Manakala aktiviti sukan air pula bertujuan untuk merapatkan hubungan serta kerjasama guru-guru supaya lebih erat dan lebih mesra.

Disediakan oleh,
Hairul Hazizi Bin Hamzah
Penyelaras LDP SMSJ