Wednesday, November 18, 2009

Latihan Dalaman (Overview Sistem Pengurusan Sekolah).





SMAP Kajang telah mengadakan kursus Latihan Dalaman (Overview Sistem Pengurusan Sekolah). ini dijalankan sebanyak dua sesi kerana makmal komputer hanya mampu memuatkan seramai 40 orang guru. Kursus ini diadakan pada 19 Ogos 2009 bertempat di Makmal Komputer dan dihadiri oleh 30 dalam setiap sesi. Kursus ini dijalankan untuk memberi pendedahan kepada guru-guru cara untuk mengemaskini dan menyemak data masing-masing secara on-line. Program ini amat sesuai diberikan kepada guru-guru bagi mempertingkatkan profesionalisme keguruan mereka.

Walau bagaimanapun tidak semua guru dapat menghadirkan diri dalam program ini kerana terlibat dengan beberapa kursus diluar. Semua pihak terutama ahli jawatankuasa pelaksana memberi sokongan sepenuhnya dalam menjayakan program ini. Kursus ini disampaikan oleh Cik Farid Faridah ( Pegawai Rebound Asia) dan En. Abdul Taip bin Muhammad Amin.Kursus ini telah melibatkan kos berjumlah RM 424.50 ( RM empat ratus dan sen lima puluh sahaja).

Laporan oleh Pn. Hasnah Yusuff


Setiausaha LDP SMAPK 2009
Sek. Men. Agama Persekutuan Kajang.