Saturday, July 18, 2009

LDP Siri 4/09 SAINSKU Komunikasi Penyelidikan


Sekolah Menengah Sains Kuching telah menjadi penyelaras bagi Zon A Kuching dalam mengendali Latihan Dalam Perkhidmatan bertajuk Komunikasi Penyelidikan. Kursus ini telah diadakan pada 26 Mei 2009 (Selasa) bertempat di Bilik Kuliah Sekolah Menengah Sains Kuching dan dihadiri oleh 18 orang Penolong Kanan HEM bagi Zon A, Kuching dan 10 orang guru Sekolah Menengah Sains Kuching. Kursus ini dijalankan adalah untuk memberi ilmu tentang cara menjalankan serta menulis laporan penyelidikan kepada peserta-peserta kursus. Antara aktiviti semasa sesi kursus ini ialah penyampaian tentang cara menjalankan penyelidikan peringkat sekolah dan menulis laporan hasil penyelidikan .Sesi ceramah ini telah disampaikan oleh Dr Shapiee Lugom Kursus ini melibatkan kos berjumlah RM 300.00

Semoga kursus ini mencapai matlamat.

Laporan disediakan oleh:

HJH HABSHAH BT KHATIB
Setiausaha LDP SMSK