Wednesday, July 8, 2009

LAPORAN LDP STAR SESI 2/2009



Program LDP ke 2 STAR diadakan pada 23 Mei 2009. Program ini bertempat di Bilik Persidangan STAR dihadiri oleh 46 orang guru dengan kos sebanyak RM549.00
Sesi pertama program disampaikan oleh Pn. Hajah Zaiton Bt Sipet, Pembantu Tadbir Kanan STAR, menyampaikan tajuk Pengurusan Pentadbiran, mendedahkan guru-guru kepada prosedur perlantikan, kenaikan gaji dan pangkat dalam perkhidmatan .Sesi kedua, taklimat pengurusan kewangan berkaitan perubahan pembahagian yuran seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran serta prosedur perbelanjaan kewangan panitia.
Sesi ketiga berkaitan oengurusan kokurikulum disampaikan oleh Encik Mohd Zaidi B. Basir, Penolong Kanan Ko Kurikulum STAR, dimana guru-guru didedahkan dengan prosedur pembahagian markah terhadap semua penglibatan pelajar dalam Sistem Rumah.
Secara keseluruhan, program telah berjalan dengan lancar dengan penglibatan maksimum dari guru-guru.