Sunday, July 5, 2009

KURSUS LDP SIRI 1/09 SMSSMJ

Pada 17/2 yang lalu, kursus LDP 1/09 siri 1 telah dijalankan di Makmal komputer SMSSMJ. Kursus ini dikendalikan oleh Tn Hj Mohd Azlan Mohd Zain. Kursus bertajuk ' Melukis diagram menggunakan perisian mikrosoft WORD. Kursus ini dihadiri oleh 66 orang guru SMSSMJ. Kursus dijalankan pada pukul Selasa jam 2.00 - 4.00 petang.

Kursus dijalankan secara 'hands-on.' Semua yang hadir dikehendaki melakukan latihan yang diberikan. Penceramah telah mengajar bagaimana cara yang mudah untuk melukis rajah, graf yang betul kepada guru-guru terutama guru-guru yang mengajar mata pelajaran Matematik dan MatematikTambahan serta mata pelajaran Sains. Walau bagaimanapun ianya tidak terhad kepada guru-guru Sains sahaja.