Wednesday, March 25, 2009

Laporan Kursus Kajian Tindakan

Pada 17 Januari 2009 Kursus Kajian Tindakan telah dijalankan di Sekolah Menengah Sains Muar. Kursus tersebut bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan yang jelas kepada semua guru berkaitan kajian tindakan. Semua guru iaitu seramai 66 orang guru telah mengikuti kursus tersebut yang bermula dari jam 8.00am hingga 12.00am di bilik seminar sekolah.

Kursus dikendalikan oleh dua guru Sekolah Menengah Sains Muar iaitu Tuan Haji Zainudin bin Dirin dan Encik Mohd. Taufik bin Abd. Jabar. Kedua-dua orang guru ini pernah mengikuti Kursus Kajian Tindakan Peringkat Daerah Muar. Slot 1 disampaikan oleh Encik Mohd. Taufik berkaitan pengenalan dan fungsi kajian tindakan terhadap usaha meningkatkan proses P&P yang dijalankan manakala slot 2 disampaikan oleh Tuan Haji Zainudin tentang prosedur penyediaan kajian tindakan. Secara umumnya semua guru menunjukkan minat terhadap kursus. Guru-guru memberikan respon yang positif terhadap aktiviti dan soalan-soalan yang diajukan penceramah. Terdapat juga guru-guru yang mengajukan soalan kepada penceramah. Semua peserta dibekalkan dengan kertas edaran, di samping membuat catatan masing-masing.