Monday, November 10, 2008

Kerjaya dari Perspektif Islam







Kursus telah diadakan pada 26 Julai di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang, di bilik Seminar yang telah dihadiri 85 peserta dari kalangan guru dan sebahagian staf sokongan. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan dan meningkatkan kefahaman kepada guru dan staf sokongan bahawa bekerja adalah satu ibadah dan merupakan satu tanggungjawab dan amanah yang mesti dilaksanakan demi kecemerlangan di dunia dan di akhirat.

Bagi menyampaikan mesej yang diharapkan jawatankuasa pelaksana telah menjemput Ustaz Mohd Shukri Ismail dan Ustaz Muhammad Zamri bin Shafiq, Penolong Pengarah Kanan Jakim. Ustaz Mohd Shukri Ismail telah meyampaikan ceramah yang bertajuk Isra' Mikraj: Satu Pengajaran. Penyampaian yang menggunakan teknologi maklumat [komputer] telah berjaya memberi kesan yang mendalam kepada peserta tentang kekuasaan Allah Taala. Begitu juga dengan Ustaz Muhammad Zamri bin Shafiq, penyampaiannya yang menarik dan penuh humor oleh penceramah telah berjaya menarik tumpuan peserta dan diselang-seli dengan soal jawab. Masa selama 8 jam yang diperuntukkan untuk kursus ini dirasakan terlalu singkat dan peserta mencadangkan agar kursus Kerjaya dari Perspektif Islam ini dapat diadakah lagi untuk sesi kedua.

Kos yang berjumlah RM1430.00 telah dibelanjakan untuk tujuan makan dan minum peserta dan penceramah, peralatan alat tulis dan bayaran untuk penceramah. Terima kasih kepada SBP yang memberi tajaan untuk menjayakan kursus ini.


Disediakan oleh Penyelaras LDP SMAPK
[Hashimah Hashim]