Wednesday, November 5, 2008

Ceramah Agama Sempena Solat Hajat Untuk Guru dan Pelajar SMS Miri

SMS Miri telah mengadakan Ceramah Agama untuk guru Islam dan pelajar Islam sekolah ini pada 25 September 2008. Ceramah ini diadakan di Surau Assyakirin, SMS Miri dan dihadiri oleh 29 orang guru Islam.
Ceramah ini dijalankan untuk memupuk minat membaca Al-Quran di Bulan Ramadan. Melatih diri supaya sentiasa berada dalam keadaan suci dan bersih.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah Majlis Khatam Al-Quran, Ceramah dan Majlis Berbuka Puasa.
Sesi Ceramah telah menampilkan seorang penceramah terkenal Ustaz Masiron Bin Rogikin. Beliau telah menyampaikan konsep tawakal dan keberkatan ilmu.
Majlis telah ditutup secara rasmi oleh Puan Pengetua.
Ceramah ini telah melibatkan kos berjumlah RM203.00.
Semoga ceramah ini mencapai matlamatnya.

Disediakan oleh,
Setiausaha LDP,
SMS Miri.