Monday, September 8, 2008

Taklimat Kebakaran di SESERI

LAPORAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN BIL 1(a)

Tarikh : 20 Februari 2008 (Rabu)
Masa : 2.45 – 4.45 petang
Tajuk : Taklimat Kebakaran
Laporan :

Program ini telah dihadiri oleh semua guru SM Sains Seri Puteri. Ceramah ini telah disampaikan oleh konsultan yang pakar dalam bidang pencegahan kebakaran dan penggunaan alat mencegah kebakaran.

Penceramah memulakan program dengan memberikan waktu kebiasaan kebakaran berlaku. Komponen yang terkandung dalam bahan api ialah oksigen, kepanasan dan bahan api.

Asap lebih berbahaya berbanding api. Kebanyakkan bagi kes kebakaran mangsa yang terbakar akan terhidu asap yang banyak sehingga menyebabkan sesak nafas dan pengsan. Jenis-jenis peralatan yang boleh menghasilkan api dan waktu yang sering berlaku kebakaran ialah malam.

Peralatan keselamatan dan pencegahan kebakaran. Di sini penceramah menerangkan cara menggunakan peralatan keselamatan dan pencegahan kebakaran. Pelbagai jenis alat mencegah kebakaran yang boleh dipilih mengikut kesesuaian rumah, sekolah atau bangunan.

Pelbagai cara dapat digunakan untuk menyelamatkan diri atau mangsa kebakaran seperti penggunaan tuala, selimut, topeng keselamatan.

Penceramah juga berkongsi slaid kebakaran dan contoh mangsa kebakaran.