LATIHAN LAPORAN DALAM PERKHIDMATAN BIL 2(a)
Tarikh : 24 Mac 2008 (Isnin)
Masa : 2.45 – 3.45 petang
Tajuk : Taklimat Eg-Tukar
Laporan :
Program ini telah dihadiri oleh guru-guru SM Sains Seri Puteri. Ceramah ini telah disampaikan oleh guru IT Seseri iaitu Cik Noor Azura bt Ibrahim.
Penceramah memulakan program dengan memaparkan sistem Eg-Tukar yang akan digunakan oleh guru-guru untuk memohon pertukaran sekolah secara talian terus. Sistem ini amat efisien dan cekap serta memudahkan proses permohonan pertukaran guru-guru.
Guru-guru perlu melengkapkan atau mengemas kini data EMIS sebelum mengisi Eg-Tukar. Ini kerana sebarang kesilapan maklumat peribadi guru dalam EMIS akan memberi kesan terhadap pemprosesan borang pertukaran yang telah diisi oleh guru-guru.
Borang permohonan yang telah diisi perlu dicetak sebanyak 2 salinan dan sebarang dokumen sokongan perlu disertakan seperti laporan kesihatan, surat penceraian dan lain-lain. Guru-guru perlu menghantar salinan yang telah dicetak kepada pengetua untuk disahkan.
Proses untuk mengisi borang pertukaran talian terus perlu diisi dalam tempoh yang telah ditetapkan. Sekiranya permohonan pertukaran gagal, guru-guru hanya perlu mengklik butang rayuan pada Eg-Tukar.