Wednesday, August 27, 2008

DALAM PERKHIDMATAN LATIHAN KE-6

The Malay College Kuala Kangsar telah mengadakan kursus Motivasi Guru dan Pekerja yang bertajuk, Semangat Kerja Berpasukan (Team Building). Kursus ini berlangsung pada 16 Ogos 2008 yang lalu. Kursus ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua, Mohd Rauhi b. Mohd Isa yang diadakan di Bilik Seminar, Pusat Latihan Mardi Tanah Rata, Cameron Highland. Kursus ini dihadiri oleh 60 orang guru dan 20 pekerja sokongan.

Kursus ini dijalankan untuk meningkatkan kualiti dan prestasi staf dengan memberi penekanan tentang kepentingan semangat berpasukan untuk menjayakan segala program yang dirancang. Kursus ini dijalankan oleh En. Zulazan Bin Mohamad Yusoff, iaitu Kaunselor Kanan di Kementerian Pelajaran. Kursus ini tidak melibatkan kos daripada peruntukan LDP.

Semoga kursus ini mencapai matlamatnya.

Disediakan oleh,
Setiausaha LDP,
MCKK