Tuesday, July 1, 2008

LAPORAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN SAMURA SIRI 4


Pada 28 dan 29 Jun 2008 seramai 65 orang guru SM Sains Muar Johor (SAMURA) telah menghadiri kursus ‘Team Building’ untuk semua guru yang diadakan di SAMURA.

Pada 28 Jun 2008, kursus bermula pukul 7.30 pagi dan berakhir pukul 4.30 petang.

Kursus ini diharap dapat memberi kesedaran dan menambah motivasi kepada guru-guru tentang betapa pentingnya melaksanakan tugas secara berganding bahu antara satu sama lain.

Kursus dimulai pada pukul 8.00 pagi dengan Pengamalan 3K diikuti dengan Sekolah Selamat selepas rehat. Pada pukul 2.00 petang kursus diteruskan dengan Budaya Kerja Cemerlang. Kursus berakhir pada pukul 4.00 petang.

Pada hari 29 Jun 2008, kursus dimulai pada pukul 8.00 pagi dengan Membina Pasukan Kerja. Selepas rehat kursus diteruskan dengan Semangat Kerja Berpasukan. Kedua-dua slot ini disampaikan oleh Guru Penolong Kanan, Tn Hj Zakaria bin Haiyun. Kursus ini antara lain menunjukkan sesuatu tugas atau tanggungjawab itu dapat dilaksanakan dengan mudah apabila secara berkumpulan dimana setiap ahli bersedia menggabungkan kebolehan dan keupayaan untuk mencapai sesuatu matlamat.

Pada pukul 2.00 petang kursus diteruskan lagi dengan Komunikasi Berkesan yang disampaikan oleh Pengetua, Tn Hj. Samian bin Sawiyo.

Kursus yang diadakan ini diharap dapat mengeratkan silaturrahim dikalangan guru-guru dan memantapkan budaya kerja berpasukan.

Kursus yang telah melibatkan kos sebanyak RM2278.00 ini diharap berjaya mencapai objektifnya.