Tuesday, June 10, 2008

Kursus Kemahiran ICT - SAP, SEMESTARAUB Group dan Lesson Plan Online (WSMS




Nama Kursus: Kursus Kemahiran ICT - SAP, SEMESTARAUB Group dan Lesson Plan Online (WSMS)
Tarikh : 24.05.2008
Tempat : Bilik Komputer EPU Sekolah
Bilangan peserta: 62 orang guru
Penceramah: Pn. Taty Sutrianty bt A. Shukor , En. Mohd. Firdaus bin Hj. Embi
Kos : RM 1500.00

Perjalanan Kursus

8.00 am – 10.00 am Taklimat SAP oleh Setiausaha Peperiksaan dan bengkel
10.00 am – 10.30 am minum pagi
10.30 am – 12.30 am Pengenalan dan Penggunaan SEMESTARAUB Group dan bengkel
12.30 pm - Makan tengahhari
2.00 pm – 4.30 pm Pengenalan dan Penggunaan Lesson Plan Online (WSMS) dan bengkel
4.30 pm - 5.00 pm - Minum petang / bersurai

Taklimat SAP (Sistem Analisis Peperiksaan)
- taklimat dijalankan oleh Pn Taty Sutrianty bertujuan untuk memberi penerangan tentang tugas guru matapelajaran memasukkan markah ke dalam SAP pada setiap kali akhir peperiksaan. SAP adalah merupakan sistem analisa peperiksaan di peringkat JPN Pahang yang perlu di hantar ke PPD, Raub pada tiap selepas peperiksaan selain daripada ISIS yang perlu dihantar ke SBP.

SEMESTARAUB Group
- dengan menggunakan servis yang ditawarkan oleh Google, SEMESTARAUB Group dilahirkan dengan tujuan:
a) mendapatkan fail yang dimuat naik oleh Pentadbir atau apa-apa fail yang penting untuk kegunaan guru
b) ’posting announcement’ jika terdapat perkara-perkara penting yang akan dijalankan di SEMESTA. Anouncement tersebut akan automatic dihantar kepada semua ahli group (guru-guru).
- guru-guru dilatih menggunakan SEMESTARAUB Group untuk memuat turun fail yang akan digunakan untuk latihan Lesson Plan
- guru-guru juga dilatih untuk posting Discussion dan memuat naik fail serta edit profail mereka

Lesson Plan WSMS (Webbase School Management System)
- lesson plan adalah salah satu daripada fungsi yang terdapat dalam WSMS. Tujuan utamanya adalah seperti
a) menuju kepada komuniti perguruan yang celik IT
b) menyahut seruan kementerian mengurangkan penggunaan kertas (paperless community)
c) menjalankan Smart School, salah satu daripada Aplikasi Perdana Super Koridor kerajaan
- guru-guru dilatih
a) login ke dalam WSMS
b) menggunakan lesson plan online berdasarkan dari file yang telah dimuat turun
Disediakan
Hj. Ali bin Alias
PK
SEMESTA