Sunday, May 11, 2008

Ceramah Kerohanian Sempena Maulidur Rasul

Ceramah Kerohanian Sempena Maulidur Rasul:
Tajuk Ceramah: ‘ Kalau Anda Sayangi Nabi’


Ceramah ini telah diadakan pada 21. Mac 2008, bertempat di Dewan Besar Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang. Ceramah telah dimulakan pada jam 10.00 pagi selepas perbarisan pelajar dan guru (bermula pada 8.00 pagi) dan ceramah telah berakhir pada jam 12.00 tengah hari.

Penceramah yang telah diundang ialah Ustaz Haji Husni bin Datuk Abd Rahman daripada Lembaga Zakat Selangor.

Hadirin yang hadir terdiri daripada guru-guru, staf sokongan dan seluruh pelajar Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang. Ceramah yang telah disampaikan amat bermakna kerana banyak pengajaran daripada kisah hidup Nabi SAW yang boleh dicontohi untuk membina peribadi mulia.




Majoriti hadirin memberi respon yang baik dan mencadangkan ceramah kerohanian seperti ini terus diadakan sebagai peringatan dalam menjalani hidup yang penuh liku. Selain itu, pengajaran yang dapat diperoleh pada hari ini, akan menjadikan kita sentiasa beringat bahawa setiap pekerjaan yang dilakukan adalah amanah Allah dan negara agar kita semua dapat berbakti dengan baik dan mendapat barakah daripada Allah SWT.

Program ini anjuran Badan Kerohanian Sekolah dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Islam SMAP [K]

Disediakan oleh:
Penyelaras Unit Perkembangan Staf
Hashimah Hashim
GKMP Bahasa