Sunday, November 30, 2008

TEKNOLOGI MAKLUMAT Dan KOMPUTER [ICT]













Kemajuan teknologi maklumat dan komputer telah membawa kemajuan dalam pendidikan masa kini. Guru dan staf sokongan di SMAP Kajang tidak mahu ketinggalan dalam perkembangan penggunaan ICT dalam pengurusan sama ada dalam pengurusan pentadbiran mahupun dalam pengurusan dalam bilik darjah. Bagi meningkatkan penguasaan dan kemahiran terutamanya para guru dalam penggunaan ICT , kursus ICT telah dijalankan dengan kerjasama sebuah syarikat INFORMASI MEDIA yang bermula pada 28 Ogos, 29 Ogos, 22 September, 23 September dan 11 November 2008.



Kursus ini bermatlamat untuk melahirkan guru dan staf sokongan yang menpunyai budaya ICT.
Antara objektif kursus ialah :

i. melahirkan budaya staf bermaklumat
ii. memantapkan penggunaan ICT dalam P&P
iii. menjadikan proses P&P lebih menarik dan menyeronokkan pelajar
iv. menjimatkan masa dan kos dalam penyediaan BBB dan RPH guru
v. memantapkan pengurusan dan pentadbiran sekolah.





Kursus ini telah diadakan di Makmal Bestari SMAP Kajang.

Kursus ini dijalankan dalam lima sesi:

Sesi 28 Ogos 2008 : Kursus pembinaan blog dikendalikan oleh saudara Noorman Saat
Sesi 29 Ogos 2008 : Kursus Photoshop dikendalikan oleh puan Rosnah Ahmad Zain.
Sesi 22 dan 23 September 2008 :Kursus binaan Web Site SMAPK dikendalikan oleh saudara Saipul Anuar Mohd Yusop dan saudara Noorman Saat.
Sesi 11 November 2008 : Pemantapan aplikasi Laman Web dalam P&P guru dikendalikan oleh saudara Noorman Saat.

Sasaran utama kursus ini ialah kepada Guru Kanan Mata Pelajaran dan Ketua-ketua Panitia mata pelajaran dan kakitangan bahagian pengurusan turut dijemput [dalam sesi yang berkaitan]. Guru yang telah hadir dalam kursus ini seramai 31 orang.

Kos keseluruhan kursus berjumlah RM5000.00 dengan pecahan:
OS 29000 RM3460.00
OS 27000 RM 1540.00

Penyampaian oleh fasilitator amat menarik minat peserta dan para peserta sangat teruja untuk terus mendalami kemahiran yang disampaikan oleh fasilitator. Terima kasih kepada fasilitator yang tidak jemu melayan kerenah peserta dan terima kasih kepada pihak SBP kerana menyediakan peluang yang amat berharga ini untuk kami, muga dapat dimanfaatkan untuk kebaikan bersama.

Harapan kami agar kursus ini dapat diteruskan untuk rakan-rakan yang lain dan untuk pemantapan bagi peserta yang telah mengikuti kursus ini. Seribu penghargaan untuk unit pengurusan LDP , SBP.

Laporan disediakan oleh,
Penyelaras LDP, SMAP Kajang.







Friday, November 14, 2008

LDP ISIS APMS



SM SAINS LABUAN
JAWATANKUASA PENILAIAN & PEPERIKSAAN
LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN: PENGUKUHAN PELAKSANAAN PENGGUNAAN INTEGRATED STUDENTS INFORMATION SYSTEM (ISIS), ACADEMIC PROJECTION AND MONITORING SYSTEM’ (APMS) & www.sbpexcellent.com

SM Sains Labuan (SMSL) telah mengadakan Latihan dalam Perkhidmatan (LDP) Pengukuhan Pelaksanaan Penggunaan ISIS, APMS dan laman web SBPexcellent pada 12 November 2008. Kursus ini diadakan di Makmal Komputer Bestari SMSL dan dihadiri oleh semu guru SMSL. Kursus dilaksanakan secara ‘Hands-On’.

Objektif kursus ialah:
2.1 Meningkatkan kecekapan guru menggunakan perisian ISIS dan APMS
2.2 Memberi pendedahan berkenaan laman web www.sbpexcellent.com
2.3 Melicinkan pentadbiran dan pengurusan ujian/ peperiksaan dalaman/ awam di SM Sains Labuan (SMSL)

Fasilitator kursus ialah Encik Mohd Rohit Safuan (Setiausaha peperiksaa SMSL) dan Cik Nor Diane Nordin (Penyelaras ICT SMSL). Hasil maklumbalas guru-guru SMSL, amat berpuashati mengenai kursus kerana dapat diguna pakai dalam pertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Kos keseluruhan untuk LDP ini ialah RM 350.00

Semoga kursus ini mencapai matlamatnya dan memberi pulangan yang selayaknya.

Tuesday, November 11, 2008

Laporan Kursus LDP SAINA - Aplikasi Mind Manager




Laporan Kursus Perkembangan Staf Sekolah Menengah Sains Pokok Sena Siri 3 2008 Aplikasi Perisian Mind Manager Dalam P & P dan Urusan Profesional

Sekolah Menengah Sains Pokok Sena telah mengadakan kursus Kursus Perkembangan Staf Sekolah Menengah Sains Pokok Sena Siri 3 2008 Aplikasi Perisian Mind Manager Dalam P & P dan Urusan Profesional pada 8 Ogos 2008. Kursus telah diadakan selama 1 hari di Sekolah Menengah Sains Pokok Sena dan dihadiri oleh 53 orang guru. . Antara tempat-tempat kursus di persekitaran sekolah ialah Bilik Mesyuarat Guru, Bilik Kegiatan Guru dan Makmal Komputer.
Kursus ini dijalankan untuk memperkasa professional keguruan guru-guru SMSPS, terutama dalam usaha memantapkan urusan-urusan kerja professional dan P & P menggunakan perisian Mind Manager. Kursus ini memperuntukkan kos sebanyak RM 2200.00. Konsep bekerja sepasukan yang amat diperlukan di sekolah ini. Justeru, guru-guru telah diagihkan kumpulan berdasarkan panitia mata pelajaran dan dipantau oleh guru-guru kanan bidang.
Antara slot menarik yang dijalankan dalam kursus ini adalah perasmian dan slot satu yang dikendalikan sendiri oleh Penolong Kanan, En. Wan Sopi Bin Wan Muda . Diikuti pula ceramah oleh En. Mohd. Iqbal Bin Mohd. Zubir yang berceramah secara khusus kaedah penggunaan perisian Mind Manager.

Ceramah disusuli dengan tayangan slaid contoh hasil penggunaan Mind Manager, iaitu perisian yang memudahkan pengguna membuat carta organisasi, carta alir, peta minda dan nota . Selesai ceramah, guru-guru mengikuti pula slot bengkel. Bengkel ini melibatkan semua peserta kursus dengan dipantau oleh ketua organisasi masing-masing . Hasil kerja yang dilakukan menggunakan perisian Mind Manager dikumpulkan oleh pihak urus setia.
Kursus ini diakhiri dengan majlis Penilaian dan Penutup pada pukul 3 petang. Melalui slot ini, guru-guru diminta membuat penilaian dan komen berkaitan kursus ini. Dalam majlis penutup, Pengetua Kanan Sekolah Menengah Sains Pokok Sena, Penolong Kanan mengucapkan terima kasih atas kesudian peserta kursus hadir sepenuhnya dalam slot-slot yang dijadualkan. Beliau juga berharap kursus ini memberi input berguna kepada guru-guru dan mengharapkan guru-guru terus komited dengan tugas sebagai pendidik anak bangsa. Kursus tamat pada pukul 4.30 petang ,8 Ogos 2008

Disediakan oleh,
Abdul Rashid Bin Othman,
Penolong Setiausaha,
JK Perkembangan Staf,
SM Sains Pokok Sena.

Monday, November 10, 2008

Bengkel Penilaian Prestasi Guru dan SMS Sekolah



Bengkel Penilaian Prestasi Guru dan SMS Sekolah telah diadakan pada 22 Oktober 2008, di Bilik Mesyuarat, Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi. Bengkel ini melibatkan semua guru Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi. Tujuan bengkel ini untuk memberi kefahaman kepada guru-guru SM Sains Kota Tinggi berkaitan penilaian prestasi guru dan pengurusan SMS Sekolah. Bengkel ini telah dikendalikan oleh En Ibrahim bin Omar dan Tuan Syed Muzni bin Syed Mustafa. Seramai 41 orang guru telah terlibat dalam perbengkelan ini. Kursus ini diadakan mulai jam 2.30 ptg hingga 5.30 ptg. Perbelanjaan untuk kursus ini sebanyak RM 1951.50.

Kerjaya dari Perspektif Islam







Kursus telah diadakan pada 26 Julai di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang, di bilik Seminar yang telah dihadiri 85 peserta dari kalangan guru dan sebahagian staf sokongan. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan dan meningkatkan kefahaman kepada guru dan staf sokongan bahawa bekerja adalah satu ibadah dan merupakan satu tanggungjawab dan amanah yang mesti dilaksanakan demi kecemerlangan di dunia dan di akhirat.

Bagi menyampaikan mesej yang diharapkan jawatankuasa pelaksana telah menjemput Ustaz Mohd Shukri Ismail dan Ustaz Muhammad Zamri bin Shafiq, Penolong Pengarah Kanan Jakim. Ustaz Mohd Shukri Ismail telah meyampaikan ceramah yang bertajuk Isra' Mikraj: Satu Pengajaran. Penyampaian yang menggunakan teknologi maklumat [komputer] telah berjaya memberi kesan yang mendalam kepada peserta tentang kekuasaan Allah Taala. Begitu juga dengan Ustaz Muhammad Zamri bin Shafiq, penyampaiannya yang menarik dan penuh humor oleh penceramah telah berjaya menarik tumpuan peserta dan diselang-seli dengan soal jawab. Masa selama 8 jam yang diperuntukkan untuk kursus ini dirasakan terlalu singkat dan peserta mencadangkan agar kursus Kerjaya dari Perspektif Islam ini dapat diadakah lagi untuk sesi kedua.

Kos yang berjumlah RM1430.00 telah dibelanjakan untuk tujuan makan dan minum peserta dan penceramah, peralatan alat tulis dan bayaran untuk penceramah. Terima kasih kepada SBP yang memberi tajaan untuk menjayakan kursus ini.


Disediakan oleh Penyelaras LDP SMAPK
[Hashimah Hashim]






Friday, November 7, 2008

KEM WAJA DIRI PEMIMPIN

SMS Miri telah mengadakan Kem Waja Diri Pemimpin untuk guru-guru dan pemimpin pelajar sekolah ini pada 11-13 Julai 2008. Kem telah diadakan di Kampung Sukan Petronas Miri dan dihadiri oleh 20 orang guru SMS Miri.
Kursus ini dijalankan untuk memperkasakan gaya kepimpinan dalam kalangan guru dan pelajar.
Antara aktiviti menarik yang dijalankan adalah bengkel Team Building, Ceramah Penampilan Diri dan Etika Majlis dan bengkel pengucapan awam.
Sesi ceramah telah menampilkan penceramah-penceramah terkenal di Miri, En. Mohd. Shahril Mohamad, Ustaz Mohd. Azhar Bin Hj. Omar, Ustaz Roshaidin Othman, En. Mohd. Roslan Hassan dan En. Muhtar Bin Suhaili.
Kursus ini ditutup secara rasmi oleh Pengetua Puan Lily Binti Haji Morni.
Kursus ini telah melibatkan kos berjumlah RM813.00.
Semoga kursus ini mencapai matlamatnya.

Disediakan oleh,
Setiausaha LDP,
SMS Miri