Tuesday, November 11, 2008

Laporan Kursus LDP SAINA - Aplikasi Mind Manager




Laporan Kursus Perkembangan Staf Sekolah Menengah Sains Pokok Sena Siri 3 2008 Aplikasi Perisian Mind Manager Dalam P & P dan Urusan Profesional

Sekolah Menengah Sains Pokok Sena telah mengadakan kursus Kursus Perkembangan Staf Sekolah Menengah Sains Pokok Sena Siri 3 2008 Aplikasi Perisian Mind Manager Dalam P & P dan Urusan Profesional pada 8 Ogos 2008. Kursus telah diadakan selama 1 hari di Sekolah Menengah Sains Pokok Sena dan dihadiri oleh 53 orang guru. . Antara tempat-tempat kursus di persekitaran sekolah ialah Bilik Mesyuarat Guru, Bilik Kegiatan Guru dan Makmal Komputer.
Kursus ini dijalankan untuk memperkasa professional keguruan guru-guru SMSPS, terutama dalam usaha memantapkan urusan-urusan kerja professional dan P & P menggunakan perisian Mind Manager. Kursus ini memperuntukkan kos sebanyak RM 2200.00. Konsep bekerja sepasukan yang amat diperlukan di sekolah ini. Justeru, guru-guru telah diagihkan kumpulan berdasarkan panitia mata pelajaran dan dipantau oleh guru-guru kanan bidang.
Antara slot menarik yang dijalankan dalam kursus ini adalah perasmian dan slot satu yang dikendalikan sendiri oleh Penolong Kanan, En. Wan Sopi Bin Wan Muda . Diikuti pula ceramah oleh En. Mohd. Iqbal Bin Mohd. Zubir yang berceramah secara khusus kaedah penggunaan perisian Mind Manager.

Ceramah disusuli dengan tayangan slaid contoh hasil penggunaan Mind Manager, iaitu perisian yang memudahkan pengguna membuat carta organisasi, carta alir, peta minda dan nota . Selesai ceramah, guru-guru mengikuti pula slot bengkel. Bengkel ini melibatkan semua peserta kursus dengan dipantau oleh ketua organisasi masing-masing . Hasil kerja yang dilakukan menggunakan perisian Mind Manager dikumpulkan oleh pihak urus setia.
Kursus ini diakhiri dengan majlis Penilaian dan Penutup pada pukul 3 petang. Melalui slot ini, guru-guru diminta membuat penilaian dan komen berkaitan kursus ini. Dalam majlis penutup, Pengetua Kanan Sekolah Menengah Sains Pokok Sena, Penolong Kanan mengucapkan terima kasih atas kesudian peserta kursus hadir sepenuhnya dalam slot-slot yang dijadualkan. Beliau juga berharap kursus ini memberi input berguna kepada guru-guru dan mengharapkan guru-guru terus komited dengan tugas sebagai pendidik anak bangsa. Kursus tamat pada pukul 4.30 petang ,8 Ogos 2008

Disediakan oleh,
Abdul Rashid Bin Othman,
Penolong Setiausaha,
JK Perkembangan Staf,
SM Sains Pokok Sena.