Program Prestasi CemerlangMonday, December 5, 2011
Latihan Perkembagan Staff
Program Prestasi CemerlangLatihan Perkembagan Staff

Monday, November 14, 2011
Program Perkembangan Staff SERATAS
SM Sains Raja Tun Azlan Shah Taiping Perak telah mengadakan lawatan Ke Thailand pada 1 September 2011. Tujuan Lawatan ini diadakan untuk mengadakan kerjasama dengan Mahavajarudh Changwat Songkhla School. Sekolah ini juga merupakan sebuah sekolah terbaik di SongkhlaThailand. Kami juga mengadakan lawatan ke tempat-tempat lain di Hadytai, Songkhla dan Satun.
Sekian terima kasih
Disediakan oleh
Setiausaha LDAP SERATAS
Program Perkembangan Staff SERATAS
Lawatan BenchMark Amalan 5S
SM Sains Raja Tun Azlan Shah telah mengadakan lawatan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Putra Jaya pada 30 Mei 2011( Isnin). Lawatan ini bertujuan mempelajari tentang cara perlaksanaan Amalan 5s dalam pengurusan organisasi sekolah. Antara aktiviti lawatan ialah taklimat dari pihak JPA dan melawati setiap bahagian di JPA untuk melihat contoh perlaksanaan amalan 5S.
Lawatan ini banyak memberi maklumat kepada kami tentang kebaikan amalan tersebut bagi melancarkan pengurusan organisasi dan suasana yang lebih kondusif
Sekian terima kasih
Disediakan oleh
Setiausaha LDAP SERATAS
Tuesday, August 16, 2011
PENGINTEGRASIAN ICT DALAM P&P, PERISIAN APLIKASI exeLearning
Tujuan/Objektif Program/Kursus:
KURSUS PERISIAN APLIKASI exeLearning DILAKSANAKAN PADA 29 JULAI 2011
Memberi pendedahan kepada Guru-Guru Kanan dan Ketua-Ketua Panitia mengenai perisiaan aplikasi exeLearning yang boleh dibangunkan secara individu untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Perisian aplikasi exeLearning memberi pengetahuan baru kepada peserta-peserta kursus cara bagaimana gabungan gambar, video dan teks (multimedia) boleh membantu peserta kursus membangunkan perisiaan mereka dengan mudah untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Peserta-peserta kursus diberikan sekeping CD untuk installasi perisian exe dan modul langkah-demi langkah bagi memudahkan mereka mengikuti sesi kursus tersebut dengan bantuan fasilitator.
Impak daripada kursus ini mereka boleh melaksanakan latihan dalaman untuk ahli-ahli panitia masing-masing.
Disediakan oleh:-
Setiausha LDAP
SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN (STAR)
IPOH PERAK
05 OGOS 2011
Wednesday, August 10, 2011
BIL 3/2011
Tajuk: Lawatan Amalan 5S ke JPA
SM Sains Raja Tun Azlan Shah telah mengadakan lawatan ke Jabatan Perkhidmatan Awam Putra Jaya pada 30 Mei 2011 . Lawatan tersebut telah dihadiri seramai 3o orang terdiri pihak pentadbiran sekolah, guru-guru dan staff sokongan.
Objektif lawatan untuk mendapat tentang perlaksanaan amalan 5S dalam pengurusan organisasi, menjalinkan hubungan di antara SM Sains Raja Tun Azlan Shah dengan Jabatan Perkhidmatan Awam dan membuat penambahbaikan tentang sistem fail dalam pengurusan sekolah mengikut piawaian yang ditetapkan berdasarkan amalan 5S.
Rombongan tersebut telah bertolak dari sekolah jam 4.30 pagi dan sampai ke Putra Jaya jam 10.00 pagi. Lawatan tersebut selesai pada jam 1.30 tengahari.
Disediakan oleh
Setiausaha LDAP
SM Sains Raja Tun Azlan Shah Taiping Perak
Wednesday, August 3, 2011
Kursus Perkembangan Staf - Pendedahan Kajian Tindakan




SBP Integrasi Gombak telah mengadakan Kursus Perkembangan Staf yang bertajuk pendedahan kajian Tindakan.Kursus ini telah dihadiri oleh 40 orang guru sekolah.Kursus ini telah dijalankan pada 23 Julai 2011 bermula pukul 9 Pagi hingga 11 pagi di bilik mesyuarat iaitu Sidang Seroja SBP Integrasi Gombak.Matlamat kursus ini dijalankan supaya dapat melahirkan warga guru yang bertabggungjawab,efektif dan inovatif serta dapat meningkatkan tahap profesionalisme warga guru khususnya dari segi pendedahan kajian tindakan.
Pengisian kursus ini disampaikan dalam bentuk ceramah,tayangan,perbengkelan serta sesi soal jawab.Kursus ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Puan Kaladevi a/p Arumugan, Guru Cemerlang Pendidikan Moral DG 54 SMK Cheras,Balakong.Penyampaian penceramah didapati amat menarik dan berkesan kerana penyampaiannya yang bersahaja diselang seli dengan unsur humor serta penggunaan multimedia yang baik dan berkesan.Di samping itu bahan edaran diberikan kepada setiap guru untuk rujukan masa masa akan datang.
Konklusinya kursus ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya.Para guru telah mendapat info yang sewajarnya berkaitan dengan pelaksanaan kajian tindakan yang amat penting ke arah melahirkan guru yang cemerlang dan pelajar yang terbilang.Sememangnya respon daripada semua guru amat positif dan memberi impak yang baik serta berkesan.
Disediakan Oleh,
AJK Kursus Perkembangan Staf
SBP Integrasi Gombak