Thursday, April 2, 2009

SMSKS LDP 3/2009: PENULISAN MINIT MESYUARAT DAN PENGHAYATAN PROTOKOL


Demi memartabatkan profesion keguruan, selaras dengan hasrat yang terkandung dalam Teras 5 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, SM Sains Kuala Selangor telah sekali lagi mengadakan sesi perkembangan staf dalam LDP siri ketiga pada tahun ini. Kursus ini telah dilaksanakan pada 24 Mac 2009 (Selasa) jam 2.30 hingga 5.30 petang, bertempat di Bilik Seri Bayu. Aktiviti ini melibatkan 67 orang guru SMSKS. Tiada perbelanjaan digunakan untuk menjayakan program ini.

Penceramah dan Pengisian:

1. Pn. Normidza binti Md Kamel (Guru Kanan Mata Pelajaran Bahasa, SMSKS).
Beliau telah menjelaskan format penulisan minit mesyuarat yang terkini. Contoh-contoh minit mesyuarat dibekalkan kepada peserta kursus. Perbincangan telah dibuat untuk mengesan kesilapan yang lazim dilakukan dalam menyediakan minit mesyuarat serta penekanan diberikan untuk tujuan penambahbaikan.

2. En. Shamsul Nizam bin Hj. Kachi Mohideen (Guru Bahasa Inggeris, SMSKS).
3. Cik Zarina Binti Abdul Rahim (Guru Bahasa Jerman, SMSKS)
Mereka berdua telah memperincikan penghayatan dan pelaksanaan protokol dalam semua tugas serta majlis rasmi. Contoh-contoh tindakan lazim semasa melaksanakan tugas serta majlis rasmi telah ditayangkan kepada peserta kursus. Perbincangan dan penilaian telah dilakukan dengan memberikan penekanan terhadap tindakan yang sepatutnya dilakukan. Peserta kursus perlu mengelakkan diri dari melakukan tindakan yang bercanggah dalam apa jua tugas dan majlis rasmi yang dilaksanakan.

"KE ARAH MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN"

Disediakan oleh:
Jawatankuasa Perkembangan Staf, SMSKS

SMSKS LDP 4/2009: PEMBUGARAN HEADCOUNT DAN PATS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Program Akademik Terbilang Selangor (PATS) telah dilancarkan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Selangor pada tahun 2006. Program ini telah dimantap dan dibugarkan lagi pada tahun-tahun berikutnya. PATS merupakan satu payung utama yang merangkumi Perancangan Strategik, Headcount, Post-Mortem dan Tindakan Susulan dalam bidang Akademik. Program ini bermatlamat menjadikan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor terbilang dalam bidang pelajaran seiring dengan hasrat kerajaan negeri Selangor melahirkan modal insan yang progresif.

SM Sains Kuala Selangor telah mengambil langkah untuk membugarkan lagi pelaksanaan headcount dan PATS di sekolah ini dalam siri LDP keempat pada tahun ini. Aktiviti perkembangan staf ini telah dilaksanakan pada 28 Mac 2009 (Sabtu) dari jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang, bertempat di Bilik Seri Bayu. Seramai 66 orang guru hadir dalam kursus ini. Sejumlah RM 937.50 digunakan untuk penyediaan minum pagi dan makan tengah hari.

Penceramah:
1. En. Hasan Abrar bin Hj. Halidi (Penolong Kanan, SMSKS)
2. Pn. Nurul Uyun binti Abdullah (Guru Cemerlang, SMSKS)

Aspek-aspek yang ditekankan dalam kursus ini adalah:
1. Penggunaan perisian Headcount - versi SBP dan JPN Selangor.
2. Penetapan TOV dan ETR berdasarkan;
(a) Analisis pencapaian akademik tahun-tahun lepas.
(b) Post-mortem pencapaian akademik terkini (PMR 2008, SPM 2008 dan Ujian Penggal 1, 2009).
3. Mengenalpasti prestasi murid dalam akademik dan seterusnya mengambil tindakan susulan yang sewajarnya (Sesi Pengayaan, Pengukuhan atau Klinikal).
4. Dokumentasi dan rekod pelaksanaan PATS dalam P&P setiap panitia mata pelajaran.

Pemantauan pelaksanaan headcount dan PATS telah dibuat dari semasa ke semasa.

Semoga 'KUSSES NUMBER ONE' dalam akademik.

Disediakan oleh:
Jawatankuasa Perkembangan Staf, SMSKS

Wednesday, April 1, 2009

SMSKS LDP 2/2009: PEMURNIAN DAN PEMANTAPAN VISI, MISI, MATLAMAT DAN SLOGAN SEKOLAH SERTA BIDANG-BIDANG AKADEMIK, HAL EHWAL MURID DAN KOKURIKULUM


Pada 14 Februari 2009 (Sabtu), SM Sains Kuala Selangor telah berjaya melaksanakan satu sesi perbengkelan untuk membentuk, menilai dan menurnikan Visi, Misi, Matlamat dan Slogan sekolah khususnya bidang-bidang Akademik, HEM dan Kokurikulum. Aktiviti ini merupakan Latihan Dalam Perkhidmatan Siri Kedua bagi tahun ini yang diadakan di Bilik Seri Bayu. Seramai 67 orang guru telah dilibatkan. Guru-guru dipecahkan kepada empat kumpulan yang masing-masingnya mengendalikan satu bidang. Sesi sumbangsaran dan percambahan idea telah dilakukan dan hasil perbengkelan dibentang dan dinilai.

Antara hasil bengkel yang telah dimurnikan adalah:

1.0 VISI
1.1 Ke arah melestarikan KUSSES terbilang di peringkat antarabangsa menjelang 2020.

2.0 MISI
2.1 Memastikan KUSSES sentiasa terbilang dalam semua aspek.
2.2 Memastikan warga sekolah berminda kelas pertama.
2.3 Melahirkan warga KUSSES sebagai pemimpin bertaraf dunia dengan sifat siddiq, amanah, tabligh dan fathonah.
2.4 Mewujudkan iklim sekolah yang kondisif dan berbudaya tinggi.
2.5 Melaksanakan pengurusan sekolah dengan efektif dan responsif.

3.0 MATLAMAT
3.1 Melahirkan pemimpin yang bertanggungjawab bertaraf antarabangsa dengan
sifat siddiq, amanah, tabligh dan fathonah.

4.0 SLOGAN
4.1 KUSSES number one – Akademik
4.2 Kita Pemimpin – HEM

4.3 Go for gold – Kokurikulum

Pengendalian bengkel ini tidak melibatkan kepakaran luar dan tiada perbelanjaan yang digunakan.

"DI SINI LAHIR PEMIMPIN YANG BERTANGGUNGJAWAB BERTARAF ANTARABANGSA DENGAN SIFAT SIDDIQ, AMANAH, TABLIGH DAN FATANAH"

Disediakan oleh:
Jawatankuasa Perkembangan Staf, SMSKS

Monday, March 30, 2009

LDP siri 1/2009 Moz@c

Kursus yang dijalankan pada hari Sabtu ini melibatkan beberapa ceramah berkaitan dengan Q net iaitu programn JPNM mengenai kecemerlangan PMR dan SPM 2009
Antara pengisian kursus hari ini adalah

800 pagi Eduweb TV Pn Aiza Syazleen
900 pagi Video conference Dato' Kamarudin
1030 pagi program Q Net En Roszelan Majid
1200 th bengkel Q Net untuk semua panitia

Kehadiran guru seramai 62 orang.Pendedahan tentang eduweb Tv dan video conference membantu guru untuk mengaplikasikan bahan sokongan ini dalam pengajaran dan pembelajaran. Program Q Net pula adalah program yang diusahakan oleh JPNMelaka untuk melonjakkan pencapaian kecemerlangan sekolah dalam peperiksaan awam PMR dan SPM.Kursus hari ini berjalan lancar dan menepati objektif yang ditetapkan .Kos adalah RM 600 untuk petrbelanjann minum pagi dan makan tengah hari.

Pautan lain
Hari Bahasa Perancis SBP 2009

Kriket SBP zon Selatan 2009
Disediakan s/u LDP Moz@c 2009

Sunday, March 29, 2009

SMSKS LDP 1/2009 : SIDDIQ, AMANAH, TABLIGH, FATANAH MENJANA GURU BERTARAF ANTARABANGSA

SM Sains Kuala Selangor telah mengadakan sesi latihan dalam perkhidmatan yang pertama tahun ini pada 17 Januari 2009. Kursus ini bermatlamat memastikan setiap guru memiliki sifat-sifat seorang pemimpin iaitu siddiq, amanah, tabligh dan fatanah agar mejadi role model kepada semua pelajar di sekolah ini. Seramai 69 orang guru termasuk guru pelatih telah mengikuti kursus tersebut yang bermula dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari, bertempat di Bilik Seri Bayu.

Penceramah jemputan, Tn. Hj. Lokeman Hazli bin Azali telah memperincikan dengan jelas kepimpinan para rasul dan ciri-ciri pemimpin yang berjaya. Beliau juga telah menggariskan beberapa perkara yang melemahkan dan menjatuhkan kepimpinan. Guru-guru diingatkan untuk kembali menghayati perintah Allah dan rasulNya.

Kursus ini telah melibatkan kos perbelanjaan berjumlah RM 500.00, sumbangan PIBG SMSKS, sebagai bayaran khidmat penceramah dan pengangkutan.

Semoha kursus ini mencapai matlamat yang dihasratkan, insyaAllah.

Disediakan oleh:
Jawatankuasa Perkembangan Staf, SMSKS

Wednesday, March 25, 2009

Laporan Kursus Kajian Tindakan

Pada 17 Januari 2009 Kursus Kajian Tindakan telah dijalankan di Sekolah Menengah Sains Muar. Kursus tersebut bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan yang jelas kepada semua guru berkaitan kajian tindakan. Semua guru iaitu seramai 66 orang guru telah mengikuti kursus tersebut yang bermula dari jam 8.00am hingga 12.00am di bilik seminar sekolah.

Kursus dikendalikan oleh dua guru Sekolah Menengah Sains Muar iaitu Tuan Haji Zainudin bin Dirin dan Encik Mohd. Taufik bin Abd. Jabar. Kedua-dua orang guru ini pernah mengikuti Kursus Kajian Tindakan Peringkat Daerah Muar. Slot 1 disampaikan oleh Encik Mohd. Taufik berkaitan pengenalan dan fungsi kajian tindakan terhadap usaha meningkatkan proses P&P yang dijalankan manakala slot 2 disampaikan oleh Tuan Haji Zainudin tentang prosedur penyediaan kajian tindakan. Secara umumnya semua guru menunjukkan minat terhadap kursus. Guru-guru memberikan respon yang positif terhadap aktiviti dan soalan-soalan yang diajukan penceramah. Terdapat juga guru-guru yang mengajukan soalan kepada penceramah. Semua peserta dibekalkan dengan kertas edaran, di samping membuat catatan masing-masing.

Monday, January 19, 2009

Dari Meja Pengarah BPSBPSK


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua SBP yang menghantar laporan Latihan Dalam Perkhidmatan Berasaskan Sekolah yang dijalankan sepanjang tahun 2008.

Saya berharap semoga usaha murni ini diteruskan mengikut format yang sama.

Ashah Binti Samah