Thursday, April 2, 2009

SMSKS LDP 4/2009: PEMBUGARAN HEADCOUNT DAN PATS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Program Akademik Terbilang Selangor (PATS) telah dilancarkan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Selangor pada tahun 2006. Program ini telah dimantap dan dibugarkan lagi pada tahun-tahun berikutnya. PATS merupakan satu payung utama yang merangkumi Perancangan Strategik, Headcount, Post-Mortem dan Tindakan Susulan dalam bidang Akademik. Program ini bermatlamat menjadikan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor terbilang dalam bidang pelajaran seiring dengan hasrat kerajaan negeri Selangor melahirkan modal insan yang progresif.

SM Sains Kuala Selangor telah mengambil langkah untuk membugarkan lagi pelaksanaan headcount dan PATS di sekolah ini dalam siri LDP keempat pada tahun ini. Aktiviti perkembangan staf ini telah dilaksanakan pada 28 Mac 2009 (Sabtu) dari jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang, bertempat di Bilik Seri Bayu. Seramai 66 orang guru hadir dalam kursus ini. Sejumlah RM 937.50 digunakan untuk penyediaan minum pagi dan makan tengah hari.

Penceramah:
1. En. Hasan Abrar bin Hj. Halidi (Penolong Kanan, SMSKS)
2. Pn. Nurul Uyun binti Abdullah (Guru Cemerlang, SMSKS)

Aspek-aspek yang ditekankan dalam kursus ini adalah:
1. Penggunaan perisian Headcount - versi SBP dan JPN Selangor.
2. Penetapan TOV dan ETR berdasarkan;
(a) Analisis pencapaian akademik tahun-tahun lepas.
(b) Post-mortem pencapaian akademik terkini (PMR 2008, SPM 2008 dan Ujian Penggal 1, 2009).
3. Mengenalpasti prestasi murid dalam akademik dan seterusnya mengambil tindakan susulan yang sewajarnya (Sesi Pengayaan, Pengukuhan atau Klinikal).
4. Dokumentasi dan rekod pelaksanaan PATS dalam P&P setiap panitia mata pelajaran.

Pemantauan pelaksanaan headcount dan PATS telah dibuat dari semasa ke semasa.

Semoga 'KUSSES NUMBER ONE' dalam akademik.

Disediakan oleh:
Jawatankuasa Perkembangan Staf, SMSKS