Sunday, August 10, 2008

Kursus Pembangunan Staf SBPIKP Siri 4



Jawatankuasa Pembangunan Staf SBPI Kubang Pasu telah menganjurkan Kursus Pengurusan Kewangan, Inventori dan Aset selama enam (6) jam. Kursus yang bertempat di Bilik Mesyuarat al-Syura SBIKP telah dijalankan dengan kerjasama En. Rosli bin Sudin, KPT SBPIKP dan En. Haron bin Mat Isa, Penyelia Kanan Asrama SBPIKP. Tujuan kursus ini adalah untuk meningkatkan kefahaman guru-guru dalam aspek pengurusan kewangan, inventori dan stok, terutama yang melibatkan panitia dan jawatankuasa-jawatankuasa khusus, seperti sukan dan kelab. Kursus ini juga bagi memantapkan pelaksanaan prosedur kewangan dalam kalangan panitia, selain memberikan pendedahan terhadap tatacara yang tepat dalam tuntutan wang lebihan makan pelajar asrama bagi setiap kegiatan dan aktiviti pelajar.

Kursus kali ini telah dijalankan selama tiga sesi dengan setiap sesi mengambil masa dua jam. Sesi pertama dijalankan pada 19 Jun 2008 dengan tajuk Inventori dan Stok oleh En. Haron bin Mat Isa diikuti oleh sesi 2 pada 17 Julai 2008. Kursus yang disampaikan ini bertajuk Pengurusan Wang Lebihan Makan Pelajar Asrama menekankan tatacara permohonan dan penggunaan WLMA yang tepat bagi memudahkan guru-guru dan kelancaran aktiviti. Pada 23 Julai pula, KPT, En Rosli Sudin memberikan kursus tentang Pengurusan Kewangan Sekolah kepada guru-guru. Kursus ini lebih menekankan aspek tuntutan guru seperti TNT dan wang untuk aktiviti pelajar. Selain itu, tatacara penggunaan wang peruntukan panitia turut disentuh dalam kursus ini.

Para guru telah memberikanrespons yang baik terhadap kursus. Diharapkan semua guru mendapat input yang berguna dan berkesan menerusi tiga sesi kursus Siri 4 ini. Secara keseluruhannya, kursus ini dihadiri oleh 55 orang guru SBPIKP. Sebanyak RM 720.00 telah dibelanjakan dalam menjayakan kursus ini.


Sekian, terima kasih


Laporan disediakan oleh:
Ariffin bin Salleh
Setiausaha,
Jawatankuasa Pembangunan Staf,
SBPI Kubang Pasu.

Saturday, August 9, 2008

LDP Moz@c siri 6 /2008

Seramai 52 guru SMS Muzaffar Syah menghadiri kursus tersebut yang bermula pada jam, 8 pagi dan berakhir jam 1 th di bilik APD. Minggu ini pengisian kursus adalah berkaitan ujian personaliti diri oleh En Saifudin dari unit kaunseling diikuti ceramah pengurusan disiplin oleh En Azaman dari unit Disiplin sekolah . Ketua pembantu Tadbir Tn Hj Safee Ahamad meneruskan pengisian kursus dengan ceramah bertajuk kemudahan cuti staff dan elauan kakitangan awam. Selepas rehat PK1 En Roszelan Majid meneruskan latihan dengan ceramah pengurusan fail secara maya dan diteruskan dengan ceramah berkaitan membina Web Blog .

Semua peserta kursus memberi kerjasama yang baik dan mendapati kandungan kursus pagi ini banyak membantu meningkatkan kemahiran dan kefahaman mereka tentang perkara yang dipersembahkan oleh fasilitator dan penceramah .
Kos kursus adalah RM 780.00

s/u
latihan Dalam Perkhidmatan
SMS Muzaffar Syah , Melaka

Friday, August 8, 2008

LAPORAN KURSUS POWER POINT ANIMATION UNTUK GURU-GURU SMSLD


Kursus Power Point Animation adalah satu siri kursus yang berorentasikan kemahiran dalam memantapkan budaya kerja berorentasikan teknologi maklumat dalam kalangan guru-guru. Pembudayaan ICT dari segi penggunaan ICT dalam P&P dan pembentukan modal insan terutama sekali peningkatan kemahiran guru adalah salah satu usaha sebab kursus ini dijalankan.

OBJEKTIF
1. Melahirkan guru-guru yang celik IT.
2. Memberi pendedahan yang sewajarnya tentang penggunaan ICT dalam kalangan guru-guru.
3. Menyediakan guru-guru yang lengkap budaya ICT dalam menyahut seruan kerajaan ke arah PIPP.

TEMPAT
Bilik Bestari, SM Sains Lahad Datu.

TARIKH DAN MASA
9 Ogos 2008, 8.00 pagi – 4.30 petang

PESERTA
Kursus ini disertai oleh 24 orang guru SMSLD.

PERBELANJAAN KURSUS
Jumlah keseluruhan perbelanjaan kursus ini ialah RM476.00.

FASILITATOR
Mendapat kerjasama sepenuhnya daripada En. Khairulhaidi Abdul Wahab dari Bahagian Teknologi Pendidikan, Kota Kinabalu.

Ceramah Pengurusan Kokurikulum SBPI Jenpol 2008

Pada hari Rabu bersamaan 06hb Ogos 2008, satu ceramah pengurusan kokurikulum telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Al Mukhlisin. Ceramah ini telah bermula dari pukul 2.30pm sehingga 5.30pm dan telah dihadiri seramai 45orang guru. walaupun terpaksa menjaga kehadiran guru masih memuaskan.Ceramah ini telah di sampaikan oleh ENcik Mukhtar bin Husin JU KOku kebangsaan. sesi ceramah di mulakan dengan penerangan berkaitan dengan dasar KPM berkenaan kokurikulum. kemudian cermah menjurus kepada bagaimana untuk pengurusan kokurilum yang berkesan dan cemerlang di sekolah. Ceramah ini banyak memberi input yang baik dan mendalam yang mana ia boleh di manfaatkan bagi meningkatkan lagi pencapaian kokurikulum dari masa ke semasa. ceramah ini di harapkan akan memberi manfaat dan dapat dipraktikan bersama. Cerama ini mnelan kos sebanyak RM984.00.

disediakan oleh,
SU Perkembangan Staf

Wednesday, August 6, 2008

LAPORAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN SIRI 3 ( LADAP 3 )



















LAPORAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN SIRI 3 ( LADAP 3 )

LADAP 3 telah telah dijalankan dengan kerjasama Institut Perguruan Kuala Terengganu (IPKT ) di bawah kelolaan Jabatan Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan IPKT. LADAP 3 dilangsungkan pada 17 hingga 20 Julai 2008 (Khamis hingga Ahad ) bertempat di Taman Laut Pulau Redang Kuala Terengganu. Peserta kursus terdiri daripada guru-guru dan kakitangan Sekolah Menengah Sains Dungun seramai 30 orang. Fasilitator pula seramai 8 orang pensyarah Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan IPKT yang diketuai oleh Encik Baharom bin Othman Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan IPKT.









Sebahagian peserta kursus bersama-sama fasilitator











KHAMIS
17.Julai.2008
Jam 8.00 pagi peserta kursus bertolak dari Sekolah Menengah Sains Dungun ke IPKT dan sampai pada pukul 11.00 pagi. Kami disambut oleh Encik Baharom dan terus diberikan taklimat berhubung Kursus Pendidikan Luar yang akan dijalani oleh kami nanti.Kami terus ke Jeti Merang untuk menaiki bot menuju ke Pulau Redang.



Pulau Redang sedang menanti kehadiran kami












Kami tiba di Pulau Redang pada pukul 2.00 petang.




Tiba di Jeti Taman Laut Pulau Redang



Menolak troli yang dipenuhi barang keperluan perkhemahan






Menyiapkan makan tengahari

Menyiapkan ‘dewan’ utama








18. Julai 2008
Jumat
8.00 pagi
Aktiviti Oreenteering.
Peserta mendengar penerangan membaca kompas

11.00 pagi
Treking
Memulakan perjalanan ke Laguna Redang Island Resort



9.30 malam
Aktiviti ikatan
Peserta sedang belajar jenis-jenis ikatan

Kami juga teruja dengan kehadiran seekor penyu yang mendarat di Pantai Taman laut pada 1.00 pagi 19 Julai 2008.
Penyu selepas bertelur




Hj. Yusuf dan Hj. Ismail menyentuh penyu untuk bergambar kenangan.

Cikgu Aminuddin sedang menyaksikan penyu turun semula ke laut





19 Julai 2008-07-21
Sabtu
Aktiviti Snorkeling dan Abseiling
Kawasan snorkeling

Bukit tempat abseiling




20 Julai 2008
Ahad
Selepas sembahyang subuh kami terus berkemas semua peralatan untuk pulang .
Keindahan pagi di Pulau Redang dirakam pada pagi 20 Julai 2008 sebelum berlepas pulang.

Tuesday, August 5, 2008

Kursus Perkembangan Staf Siri 5- Pengurusan Fail melalui Internet


Pada 28/8/08 yang lalu Jawatan kuasa Perkembangan Staf SMSSJ telah mengadakan kursus perkembangan staf siri 5.

Tajuk : Pengurusan Fail melalui Internet
Penceramah/
Fasilitator : En Wazaruddin Wahab dan Pn Hashiroh Hussain
Masa : 2.30 petang - 4.30 petang
Tempat : Makmal Literasi Komputer dan Bilik Mesyuarat


Kursus ini dihadiri oleh 65 0rang guru. Dalam kursus ini telah diajarkan bagaimana mengurus fail melalui email iaitu menggunakan gmail. Semua guru dikehendaki mendaftarkan alamat email masing-masing sebelum pengurusan fail dilakukan. Kursus ini dapat meningkatkan kemahiran penggunaan internet guru-guru ke arah pembestarian sekolah.

Kos RM625.00

Disediakan oleh
Pn Hjh Noraini Saldan
Setiausaha Perkembangan Staf SMSSMJ




Kursus Perkembangan Staf SMSSMJ -Siri 4




Pada 26/7/08 yang lalu Jawatankuasa Perkembangan Staf SMSSMJ telah mengadakan kursus Perkembangan Staf Siri 4


Tajuk : Guru Kerjaya Mulia- Berdasarkan Teori Surah Al Luqman

Penceramah : Hj Khairun Annam b Hj Mohd Sharif daripada YaPIEM.

Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat


Dalam ceramah beliau , kesilapan yang dilakukan oleh ibu bapa masa kini semasa mendidik anak dari awal sehingga berlaku banyak gejala sosial dan aktiviti yang bertentangan dengan agama dilakukan oleh remaja masa kini.

Perkara yang utama yang perlu diajarkan kepada anak-anak sebelum sembahyang dan lain-lain ialah

a) Ajarkan tentang aqidah dan tauhid-takutkan Allah lebih dari takutkan yang lain

b) Taat kepada ibubapa dan berbuat baik kepada keduanya

c) Ajarkan tentang Ihsan- Allah melihat segala yang kita lakukan

d) Ajar buat ibadah khusus- solat, amal maaruf Nahi mungkar, sabar

e) Ajar tentang ilmu akhlak- tidak sombong, bersederhana



Kursus ini tamat pada jam 11.00 pagi


Kos kursus RM 702.00
Disediakan oleh
Pn Hjh Noraini Saldan
Setiausaha Perkembangan Staf SMSSMJ