Sunday, August 10, 2008

Kursus Pembangunan Staf SBPIKP Siri 4



Jawatankuasa Pembangunan Staf SBPI Kubang Pasu telah menganjurkan Kursus Pengurusan Kewangan, Inventori dan Aset selama enam (6) jam. Kursus yang bertempat di Bilik Mesyuarat al-Syura SBIKP telah dijalankan dengan kerjasama En. Rosli bin Sudin, KPT SBPIKP dan En. Haron bin Mat Isa, Penyelia Kanan Asrama SBPIKP. Tujuan kursus ini adalah untuk meningkatkan kefahaman guru-guru dalam aspek pengurusan kewangan, inventori dan stok, terutama yang melibatkan panitia dan jawatankuasa-jawatankuasa khusus, seperti sukan dan kelab. Kursus ini juga bagi memantapkan pelaksanaan prosedur kewangan dalam kalangan panitia, selain memberikan pendedahan terhadap tatacara yang tepat dalam tuntutan wang lebihan makan pelajar asrama bagi setiap kegiatan dan aktiviti pelajar.

Kursus kali ini telah dijalankan selama tiga sesi dengan setiap sesi mengambil masa dua jam. Sesi pertama dijalankan pada 19 Jun 2008 dengan tajuk Inventori dan Stok oleh En. Haron bin Mat Isa diikuti oleh sesi 2 pada 17 Julai 2008. Kursus yang disampaikan ini bertajuk Pengurusan Wang Lebihan Makan Pelajar Asrama menekankan tatacara permohonan dan penggunaan WLMA yang tepat bagi memudahkan guru-guru dan kelancaran aktiviti. Pada 23 Julai pula, KPT, En Rosli Sudin memberikan kursus tentang Pengurusan Kewangan Sekolah kepada guru-guru. Kursus ini lebih menekankan aspek tuntutan guru seperti TNT dan wang untuk aktiviti pelajar. Selain itu, tatacara penggunaan wang peruntukan panitia turut disentuh dalam kursus ini.

Para guru telah memberikanrespons yang baik terhadap kursus. Diharapkan semua guru mendapat input yang berguna dan berkesan menerusi tiga sesi kursus Siri 4 ini. Secara keseluruhannya, kursus ini dihadiri oleh 55 orang guru SBPIKP. Sebanyak RM 720.00 telah dibelanjakan dalam menjayakan kursus ini.


Sekian, terima kasih


Laporan disediakan oleh:
Ariffin bin Salleh
Setiausaha,
Jawatankuasa Pembangunan Staf,
SBPI Kubang Pasu.