Program LDP ke 2 STAR diadakan pada 23 Mei 2009. Program ini bertempat di Bilik Persidangan STAR dihadiri oleh 46 orang guru dengan kos sebanyak RM549.00
Sesi pertama program disampaikan oleh Pn. Hajah Zaiton Bt Sipet, Pembantu Tadbir Kanan STAR, menyampaikan tajuk Pengurusan Pentadbiran, mendedahkan guru-guru kepada prosedur perlantikan, kenaikan gaji dan pangkat dalam perkhidmatan .Sesi kedua, taklimat pengurusan kewangan berkaitan perubahan pembahagian yuran seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran serta prosedur perbelanjaan kewangan panitia.
Sesi ketiga berkaitan Pengurusan Ko kurikulum disampaikan oleh Encik Mohd Zaidi B. Basir, Penolong Kanan Ko Kurikulum STAR, dimana guru-guru didedahkan dengan prosedur pembahagian markah terhadap semua penglibatan pelajar dalam Sistem Rumah.
Secara keseluruhan, program telah berjalan dengan lancar dengan penglibatan maksimum dari guru-guru.
Wednesday, July 20, 2011
Wednesday, July 13, 2011
Kursus Perkembangan Staf/Pengurusan Stress
SBP Integrasi Gombak telah mengadakan kursus perkembangan staf yang bertajuk pengurusan stress.Kursus ini telah dihadiri oleh 64 orang guru dan staf sokongan sekolah.Program yang bertarikh 14 Mei 2011 ini dijalankan bermula pada pukul 9 pagi sehingga 11.30 pagi di Sidang Seroja SBP Integrasi Gombak.Matlamat program ini dijalankan agar dapat melahirkan warga kerja yang bertanggungjawab,efektif dan inovatif serta dapat memikul amanah yang diberi dengan penuh keikhlasan dan berterusan.Di samping itu, kursus ini diadakan agar dapat membina jati diri serta keseronokan bekerja bagi warga SBP Integrasi Gombak.
Pengisian program ini disampaikan dalam bentuk ceramah, tayangan, serta sesi soal jawab.Program ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Encik Mohd Ajni Bin Sulaiman, Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Unit Pembangunan Profesionalisme Guru. Penyampaian beliau sememangnya amat menarik dan berkesan apatah lagi diselang seli dengan penggunaan multimedia yang mantap dan penyampaian beliau yang bersahaja.
Konklusinya program ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya.Para guru dan staf sokongan telah menunjukkan minat yang mendalam serta komitmen yang sepenuhnya bagi memastikan objektif kursus ini tercapai serta dapat meneruskan budaya kerja yang positif dan produktif.
Disediakan Oleh
Guru Bimbingan dan kaunseling SBP Integrasi Gombak.
Subscribe to:
Posts (Atom)