Tuesday, October 26, 2010

Latihan Dalam Perkhidmatan Bil 8/2010







Tempat : Bilik Mesyuarat Desaru
Tarikh : 21 Julai 2010 (2.45ptg)


Majlis dimulakan dengan “IT 5 Minit” oleh Tn. Syed Muzni bin Syed Mustafa.
Latihan Dalam Perkhidmatan kali ke-7 lebih menjurus kepada teknik pengajaran dan pembelajaran berkesan dalam bilik darjah. Ia telah disampaikan oleh 2 orang guru iaitu Ustaz Hafizullah bin Sarif dan Tn. Hj. Noorkahiri bin Pungut.

IT 5 Minit : MOUSE

Mouse atau tetikus mula diperkenalkan pada tahun 1983. Komputer pertama menggunakan tetikus ialah Xerox Alto . Hingga kini terdapat 3 jenis tetikus iaitu ball mouse, optical mouse dan laser mouse.
Untuk maklumat lanjut berkaitan tetikus dan penggunaannya, pengguna boleh melayari internet atau pergi ke laman web.

Tajuk 1: i Mind Map.
Disampaikan oleh: Ustaz Hafizullah bin Sarif

“iMind Map” atau “ intelligent mind map” menyediakan guru cara mudah membina peta minda. Melalui ikon-ikon yang mesra pengguna, guru dapat membina peta minda dalam masa yang singkat dengan hasil yang menarik. Selain itu, peta minda yang telah dihasilkan juga boleh dipersembahkan kepada pelajar menggunakan media elektronik. Guru boleh membawa pelajar “menjelajah” peta minda yang telah dibina tadi. Hal ini boleh menarik minat pelajar dan menjadikan persekitaran dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan.
“iMind Map” boleh digunakan dalam tempoh percubaan selama 7 hari dengan memuat turun perisian di http://www.thinkbuzan.com. Untuk langganan, pengguna boleh membeli kod laluan dengan bayaran sebanyak RM20.00 sebulan.

Tajuk 2 : Pengajaran dan Pembelajaran – Pendekatan Kreatif Merentas Kurikulum
Disampaikan oleh : Tn. Hj. Noor Khairi bin Pungut

Pembentangan yang menarik oeh guru cemerlang mata pelajaran geografi ini menjadikan 1 jam berlalu begitu pantas sehingga tidak terasa masa berlalu. Selain berkongsi pengalaman mengajar, bahan-bahan dan contoh-contoh bahan kreatif yang boleh digunakan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran memberi idea dan kesedaran kepada para guru kepentingan pemilihan pendekatan kreatif dalam menarik minat pelajar dalam belajar.

Guru memainkan peranan penting dalam menghidupkan suasana dalam bilik darjah yang bermatlamat menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran menarik dan memberi impak yang besar kepada pembelajaran pelajar. Oleh yang demikian, guru perlu bijak dan kreatif dalam merancang bahan pengajaran dengan mengambil kira semua faktor terutamanya pelajar, bilik darjah dan guru itu sendiri.

Bahan persembahan yang telah digunakan oleh Tn. Hj. Noorkahiri adalah seperti lampiran.


Disediakan oleh,
AJK LDP
SM SAINS KOTA TINGGI