Peranan guru bukan hanya menyampaikan ilmu tetapi merancang menyampaikan ilmu itu dengan berkesan dan sistematik. Dalam usaha memenuhi keperluan masa kini, bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang dihasilkan perlulah berasaskan komputer dan internet. Bahan-bahan yang dibina adalah sama ada dalam bentuk ‘softcopy’ mahupun ‘hard copy’. Guru bukan hanya sekadar pengguna tetapi guru juga adalah pereka dan pencipta bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kumpulan murid yang diajar. Demi merealisasikan hasrat ini SM Sains Kuala Selangor telah melaksanakan satu program perkembangan staf untuk guru-guru yang telah berlangsung selama 6 hari, dan mengambil masa sejumlah 21 jam.
Tarikh/Hari/Tempohmasa:
10 Oktober 2009, Sabtu, 8.00 pagi hingga 2.00 petang.
13, 14, 26, 27 dan 28 Oktober 2009, Selasa dan Rabu, 2.30 hingga 5.30 petang.
Para penceramah dan fasilitator adalah terdiri daripada guru-guru SMSKS;
1. Puan Nurul Uyun binti Abdullah (Slot 1: Pembinaan bahan P&P, 'soft/hardcopy', Slot 2: Pembinaan Laman Blog)
2. Encik Radin Fuad bin Radin Baidawi (Slot 3a: Pembinaan Laman Web)
2. Encik Radin Fuad bin Radin Baidawi (Slot 3a: Pembinaan Laman Web)
3. Encik Ibrahim bin Kadri (Slot 3b: Pembinaan Laman Web)
Sesi ceramah, perbengkelan, pembentangan dan penilaian hasil kursus telah diadakan pada 3 tempat berlainan; Bilik Seri Bayu, Makmal Bestari dan Kiosk Komputer SMSKS.
Seramai 68 orang guru telah mengikuti sesi latihan ini.
Perbelanjaan yang telah digunakan untuk menjayakan program ini berjumlah RM 4737.50 dengan menggunakan dana peruntukan LDP 2009. Perbelanjaan ini adalah untuk menyediakan minum pagi, makan tengahari peserta kursus serta alatulis/keperluan kursus.
Aktiviti peningkatan kemahiran ICT seperti yang dilaksanakan dalam LDP ini perlu diteruskan pada tahun hadapan. Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang dibina berasaskan komputer dan internet perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
"BERILMU, BERAMAL, BERBAKTI"
Disediakan oleh:
Jawatankuasa Perkembangan Staf, SMSKS